Page 293 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 293

Rajah 9.4
                          Ringkasan Laporan bagi Tiga (3) Operasi Khas bagi Tahun 2019



























               Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

               KAWALAN MAKANAN IMPORT


               Aktiviti kawalan makanan import meliputi 56 lokasi pintu masuk seluruh negara yang
               berada di bawah seliaan PKKM, KKM. Pada tahun 2019, sejumlah 321,828 konsainan
               produk  makanan  telah  diimport  ke Malaysia.  Daripada  jumlah  tersebut, sebanyak
               132,919 (41.0 peratus) konsainan telah diperiksa dan 5,958 (4.5 peratus) konsainan
               telah disampel  untuk  diuji  pelbagai jenis parameter. Daripada  jumlah  bilangan
               pensampelan yang telah dibuat, 124 (2.0 peratus) sampel makanan didapati telah
               melanggar perundangan makanan negara.


               KAWALAN MAKANAN EKSPORT


               PROGRAM PEMANTAUAN EKSPORT

               Program  pemantauan  eksport  adalah  aktiviti  di  bawah  kawalan  rasmi  KKM  yang
               dibangunkan secara spesifik mengikut komoditi dan keperluan negara pengimport
               (Imej 9.2).


















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  283
   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298