Page 296 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 296

SKIM PENSIJILAN MAKANAN

            Skim Pensijilan  Hazard  Analysis  Critical  Control  Points (HACCP)  dan  “Good
            Manufacturing Practice” (GMP) merupakan salah satu Program Jaminan Keselamatan
            Makanan  yang  diiktiraf  di  peringkat  antarabangsa  dalam  memastikan  premis
            pemprosesan menghasilkan makanan  yang selamat untuk dimakan.  Pensijilan  ini
            diberikan kepada semua premis pengilangan makanan di Malaysia.

            Manakala, skim pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) pula
            adalah satu skim pensijilan yang memberi fokus khususnya kepada Perusahaan Kecil
            dan  Sederhana  (PKS)  untuk  memenuhi  keperluan  yang  diperuntukkan  di  bawah
            Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan
            Sihat” atau “BeSS” turut ditawarkan kepada premis makanan seperti restoran, gerai
            makan, kafeteria mahupun kenderaan bergerak seperti foodtruck. Sebanyak 7,143
            pengiktirafan  BeSS  telah  diberikan  kepada  pengusaha  outlet  makanan  di  seluruh
            negara semenjak ianya diperkenalkan pada  tahun 2013  sehingga tahun  2019.
            Ringkasan pencapaian pensijilan Program Jaminan Keselamatan Makanan sehingga
            tahun 2019 adalah seperti Jadual 9.2.



                                                Jadual 9.2
                 Pensijilan Program Jaminan Keselamatan Makanan Sehingga Tahun 2019













                     751                987                4,822                7,143
             Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

            AKTIVITI PELESENAN

            Di  bawah  Peraturan-Peraturan  Makanan  1985,  semua  premis  pemprosesan
            bagi maksud perdagangan atau perniagaan iaitu air mineral semulajadi, air minuman
            berbungkus, ais  dan  air  dari  mesin  jual  air  perlu mendapatkan  lesen  daripada
            Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kelulusan pelesenan air mineral semulajadi,
            air minuman berbungkus, penyediaan ais dan mesin jual air pada tahun 2019 adalah
            seperti Jadual 9.3.














        LAPORAN TAHUNAN
    286  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300   301