Page 312 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 312

PENGENALAN

            Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab
            untuk menguruskan aktiviti berkaitan dengan pengurusan, perancangan, pelaksanaan,
            pengawalan, pemantauan dan penilaian program dan projek yang dilaksanakan dalam
            pembangunan fasiliti kesihatan oleh KKM di bawah pelan Rancangan Malaysia (RMK).
            Dahulunya, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Pembangunan
            namun telah disusun semula pada 1 September 2012 sebagai dua (2) komponen yang
            berbeza mengikut fungsi masing-masing. Pada 27 September 2018, bahagian ini telah
            dijenamakan semula melalui penstrukturan semula tanggungjawab dan fungsi setiap
            unit yang dibahagikan kepada tiga (3) cawangan utama yang disokong oleh 12 unit
            seperti berikut:

                A.  Cawangan Pengurusan Projek I:

                    i)   Unit Bajet RMK

                    ii)   Unit Projek 1 (Zon Utara)
                    iii)   Unit Projek 3 (Zon Timur)

                    iv)   Unit Penyelarasan (Urusetia Mesyuarat)

                B.  Cawangan Pengurusan Projek II:
                   i)    Unit Projek 2 (Zon Tengah)
                   ii)   Unit Projek 4 (Zon Selatan)

                   iii)   Unit Projek 5 (Sabah dan Sarawak)
                   iv)   Unit Teknikal dan Perolehan


                C.  Cawangan Pengurusan Sumber:
                   i)    Unit Tanah

                   ii)   Unit Public, Private and Partnership

                   iii)   Unit Penyelarasan (Lawatan/Parlimen)
                   iv)   Unit Kewangan dan Pentadbiran






















        LAPORAN TAHUNAN
    302  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   307   308   309   310   311   312   313   314   315   316   317