Page 309 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 309

Imej 10.1
                 Sekitar Majlis Perasmian MYMEDEX dan IMDC 2019, 15 Oktober 2019 di MiTEC,
                                                 Kuala Lumpur






























                                           Sumber: Unit Komunikasi Korporat, PBPP

               HALA TUJU


               Cabaran yang akan dihadapi  oleh PBPP  di masa hadapan  adalah  menangani
               pertambahan bilangan permohonan pendaftaran peranti perubatan dan pembaharuan
               lesen establismen bagi peranti perubatan yang akan dipasarkan di negara ini. Selain
               itu, PBPP juga perlu bersedia dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemantauan dan
               penguatkuasaan  memandangkan  penerimaan  aduan  mengenai  ketidakpatuhan
               semakin meningkat.

               Oleh yang demikian, PBPP telahpun mengenal pasti dan membangunkan beberapa
               pelan  komunikasi  dan  promosi  untuk meningkatkan  kesedaran  dan  kefahaman
               industri dan orang awam mengenai Akta 737 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
               PBPP juga sedang memperkukuhkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan
               peningkatan dalam kepatuhan keperluan-keperluan yang digariskan di dalam Akta.
               PBPP turut bertekad untuk terus berkembang melalui pembangunan rangka kerja
               kawalan yang lebih komprehensif yang merangkumi dasar, dokumentasi regulatori,
               standard dan mekanisme kawalan, pembangunan daftar dan pusat sumber regulatori
               peranti  perubatan  yang  mengandungi  rujukan-rujukan  yang  berkaitan  dengan
               program  kawalan  peranti  perubatan  seperti  dokumentasi  regulatori,  maklumat-
               maklumat peranti perubatan berdaftar dan lesen establismen dan data-data lain yang
               berkaitan.






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  299
   304   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314