Page 326 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 326

PENGENALAN


            Unit Komunikasi Korporat (UKK) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditubuhkan
            dengan  objektif  untuk  meningkatkan  imej  kementerian,  mempromosi  dasar  dan
            program kementerian melalui strategi perhubungan awam yang teratur dan berkesan.
            Di  samping  itu,  UKK  bertindak  sebagai  barisan  hadapan  dalam  menguruskan
            perkhidmatan pelanggan dan aduan awam kementerian. UKK KKM terbahagi kepada
            lima seksyen iaitu:

               i.   Seksyen Media
              ii.   Seksyen Komunikasi Strategik
              iii.   Seksyen Hal Ehwal Korporat
              iv.   Seksyen Aduan
              v.    Seksyen Khidmat Pelanggan


            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN



            SEKSYEN MEDIA


                                                Jadual 14.1
                                  Aktiviti Seksyen Media bagi Tahun 2019


              Bil.                                   Aktiviti
              1.   Lawatan Mesra Media Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian
                   Kesihatan Malaysia Ke Sin Chew Media Corporation Berhad pada 15 Mac
                   2019.

              2.   Lawatan Mesra Media Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian
                   Kesihatan Malaysia ke Star Media Group Berhad pada 23 Oktober 2019.

              3.   Bengkel “Pengurusan Komunikasi Dan Media Ketika Krisis” untuk Pegawai
                   Perhubungan Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 23-25 Oktober
                   2019 di Hotel Seri Malaysia, Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang,
                   Selangor.

              4.   Sebanyak 167 Lawatan Kerja Rasmi oleh YBMK, YBTMK, KSU dan KPK dari
                   Januari hingga Disember 2019.
              5.   Sebanyak 101 slot Temu bual TV untuk penyebaran maklumat kesihatan
                   melalui Temu bual TV dari Januari hingga Disember 2019.
              6.   Sebanyak 72 slot Radio Talk untuk penyebaran maklumat kesihatan melalui
                   dari Januari hingga Disember 2019.

            Sumber: Seksyen Media, Unit Komunikasi Korporat, KKM



        LAPORAN TAHUNAN
    316  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   321   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331