Page 327 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 327

BENGKEL PENGURUSAN KOMUNIKASI DAN MEDIA KETIKA KRISIS

               YBhg.  Dato’  Seri  Dr.  Chen  Chaw  Min,  Ketua  Setiausaha,  Kementerian  Kesihatan
               Malaysia telah merasmikan penutupan Bengkel “Pengurusan Komunikasi Dan Media
               Ketika Krisis” untuk Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia
               di Hotel Seri Malaysia, Pantai Bagan Lalang, Selangor pada 25 Oktober 2019.

               Pengurusan  Komunikasi  Krisis  dan  bencana bukanlah  hanya menumpu  kepada
               kebijaksanaan  Pegawai  Perhubungan  Awam  untuk  mengawal  media  namun,
               mengenal  pasti  kesahihan  dan  realiti  berita  serta  memperoleh  kepercayaan  dari
               orang ramai adalah  manifestasi utama dalam  hala  tuju  ini.  Kehadiran seramai 35
               orang peserta pada kali ini adalah bukti komitmen demi meningkatkan kredibiliti dan
               identiti terhadap pembangunan imej dan reputasi KKM.


                                                    Imej 14.1
                          Bengkel Pengurusan Komunikasi dan Media Ketika Krisis 2019



















                                      Sumber: Seksyen Media, Unit Komunikasi Korporat, KKM

               LAWATAN MESRA MEDIA PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KE STAR MEDIA GROUP
               BERHAD

               Lawatan  Mesra  Media  bertujuan  mendapat  penjelasan  tentang  strategi  publisiti
               perkhidmatan Star  Media Group  Berhad  yang lebih  berkesan melalui  media
               konvensional  dan media baharu.  Disamping  itu, ianya akan dapat memantapkan
               profesionalisme pegawai-pegawai perhubungan awam di kementerian dan hospital
               ke arah menjayakan penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan lebih efektif.
















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  317
   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332