Page 329 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 329

YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia menjadi tetamu dalam
               rancangan “Malaysia Hari Ini” TV3 dengan topik “PeKa B40, Belanjawan 2020” yang
               disiarkan secara langsung pada 10 Oktober 2019 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak
               Kuala Lumpur. Sehubungan itu, beliau menasihatkan kumpulan B40 yang layak agar
               mengambil peluang untuk membuat ujian saringan kesihatan di bawah Skim Peduli
               Kesihatan untuk B40 atau PeKa B40.

                                                    Imej 14.4
                                    Rancangan Temu Bual “Malaysia Hari Ini”

















                                      Sumber: Seksyen Media, Unit Komunikasi Korporat, KKM

               SEKSYEN KOMUNIKASI STRATEGIK


               A)    Sepanjang tahun 2019, Seksyen Komunikasi Strategik telah menyediakan dan
                     menyelaraskan pengisian/ pengemaskian bahan di platform media sosial rasmi
                     KKM mengikut kategori seperti berikut:


                                                   Jadual 14.2
                             Pencapaian Sasaran Pengikut Laman Media Rasmi KKM


                Bil.             Aktiviti                   Sasaran              Pencapaian

                 1    Facebook                         900,000 followers      990,000 followers
                 2    Twitter                           28,000 followers      30,000 followers

                 3    Instagram                         90,000 followers      100,000 followers
                 4    Youtube                          1,800 subscribers      2,000 subscribers

               Sumber: Seksyen Komunikasi Strategik,UKK, KKM


               B)  Seksyen Komunikasi  Strategik turut  menerbitkan  dua  program berkonsepkan
                   berita dan pendidikan iaitu ‘Kapsul KKM’ dan ‘FB Live Sakit Apa?’ sepanjang tahun
                   2019 yang dimuat naik di Facebook dan Youtube rasmi KKM seperti Imej 14.5 dan
                   Imej 14.6.






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  319
   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333   334