Page 339 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 339

ANALISA JUMLAH  PERTANYAAN  YANG DIKENDALIKAN  MENGIKUT
               BAHAGIAN DAN ISU

               Untuk tahun 2019, Bahagian Kawalan Penyakit telah menerima jumlah pertanyaan
               tertinggi  iaitu  berjumlah  141  pertanyaan  diikuti  oleh  Bahagian  Perkembangan
               Perubatan (116  pertanyaan), Bahagian Pembangunan  (95  pertanyaan), Bahagian
               Perancangan (89 pertanyaan), Bahagian  Pembangunan  Kesihatan Keluarga (58
               pertanyaan), Bahagian Sumber Manusia (52 pertanyaan).

                                                   Rajah 15.2
                 Analisa Jumlah Pertanyaan yang Dijawab oleh Bahagian Sepanjang Tahun 2019






































               Sumber: Unit Parlimen, KKM

               Pertanyaan mengenai pembinaan, naik taraf serta menambah baik fasiliti di klinik dan
               hospital (179 pertanyaan) adalah isu yang paling kerap diterima. Isu lain seperti sumber
               manusia termasuk kekurangan doktor pakar dan kebajikan kekitangan kesihatan (66
               pertanyaan), fasiliti di hospital / klinik (61 pertanyaan) dan penyakit berjangkit / tidak
               berjangkit (46 pertanyaan) adalah antara pertanyaan yang sering diajukan kepada
               KKM. Isu  yang menjadi  perhatian  umum  seperti rokok dan  vape (44 pertanyaan),
               rawatan kesihatan termasuk hemodialisis, IVF serta bekam (40 pertanyaan) dan isu
               kesihatan mental (35 pertanyaan) turut menjadi perhatian ahli Dewan Rakyat dan
               Negara sepanjang persidangan Parlimen tahun 2019.






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  329
   334   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344