Page 341 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 341

PERATURAN MESYUARAT 18 (1) – PENGISYTIHARAN DARURAT DI PASIR
               GUDANG, JOHOR AKIBAT PENCEMARAN KIMIA

               Berikutan isu pencemaran toksik yang berlaku di Pasir Gudang, Johor kesan daripada
               pembuangan bahan kimia secara haram di Sungai Kim Kim, Yang Berhormat Pasir
               Gudang telah mengemukakan usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1)
               iaitu supaya Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang dan usul ini telah
               diluluskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Semasa membahaskan
               usul  tersebut,  beberapa  Kementerian  terlibat  seperti  Kementerian  Pendidikan
               Malaysia (KPM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
               Iklim  (MESTECC), Kementerian  Pertahanan  (MINDEF), Kementerian Pertanian  dan
               Industri Asas  Tani (MOA)  termasuk  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  telah
               mengemukakan jawapan dan memaklumkan langkah-langkah pencegahan yang telah
               dilaksanakan dalam mengatasi masalah pencemaran berkenaan.


               Semasa sesi penggulungan, YB Menteri Kesihatan  Malaysia  telah  mengemukakan
               langkah-langkah pencegahan, rawatan dan pemeriksaan yang telah dilaksanakan di
               semua peringkat termasuk premis-premis yang disyaki terjejas ekoran daripada kes
               pencemaran  berkenaan.  Semasa sesi  berkenaan  juga, turut  dimaklumkan  adalah
               mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diutamakan oleh masyarakat
               setempat seperti pemakaian alat perlindungan diri termasuk topeng muka serta alat
               perlindungan mata. Walaupun tiada pengisytiharan darurat hasil daripada usul ini,
               Kerajaan Pusat dan Negeri telah mengambil semua langkah-langkah yang perlu dalam
               mengatasi masalah berkenaan.


               PETUNJUK PRESTASI MENTERI


               Petunjuk Prestasi Menteri (MPI) dilaksanakan selaras dengan perutusan YAB Perdana
               Menteri dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 7 September 2018 yang mana
               YAB  Perdana  Menteri menyatakan terdapat keperluan untuk memantau prestasi
               pentadbiran kerajaan baharu, khususnya di peringkat menteri.

               PENCAPAIAN  MINISTERIAL  PERFORMANCE INDICATOR (MPI)  YB
               MENTERI KESIHATAN TAHUN 2019


               Pada tahun 2019, MPI difokuskan kepada peluasan penjagaan kesihatan primer, akses
               perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, pendigitalan sistem kesihatan, peningkatan
               kecekapan  penyampaian  perkhidmatan,  pembinaan  keupayaan  dan  kapasiti  serta
               penambahbaikan dasar serta langkah-langkah promosi yang aktif dengan kerjasama
               kementerian dan agensi berkaitan.














                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  331
   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346