Page 340 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 340

Rajah 15.3
                Analisa Isu-Isu yang Paling Kerap Diterima oleh KKM Sepanjang Tahun 2019









































            Sumber: Unit Parlimen, KKM
            RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA
            (PEMBUBARAN) 2019


            Rang Undang-undang  Lembaga Promosi  Kesihatan  Malaysia  (Pembubaran)  2019
            telah dibuat Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat pada 14 November 2019 manakala
            Bacaan Kali Kedua dan Ketiga adalah pada 4 Disember 2019. Bagi bacaan Kali Kedua
            serta Ketiga di Dewan Negara, ianya telah dibuat pada 19 Disember 2019.


            Pembubaran LPKM ini adalah salah satu inisiatif di bawah Rasionalisasi Perkhidmatan
            Awam  Kerajaan  semasa  dan  ia  bertujuan  untuk  memperkemaskan  program
            promosi  kesihatan  di  Malaysia  di  bawah  KKM.  Rasionalisasi  ini  juga  dibuat  untuk
            mengoptimumkan lagi sumber yang ada agar ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya
            bagi menggerakkan inisiatif amalan gaya hidup sihat secara lebih bersepadu.

            Rang Undang-undang ini telah mendapat Perkenan Diraja pada 30 Disember 2019
            dan disiarkan di dalam Warta pada 31 Disember 2019.







        LAPORAN TAHUNAN
    330  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345