Page 41 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 41

BIL.                     AKTIVITI                              PRESTASI
                                                                      -  93 bayaran elaun
                      Permohonan bayaran elaun pakaian panas dan         pakaian panas
                 6.   tuntutan bayaran pakaian istiadat
                                                                      -  73 tuntutan pakaian
                                                                         istiadat

                 7.   Urusan kenaikan pangkat                         858 kenaikan pangkat
                 8.   Pengurusan tatatertib (kumpulan pelaksana)      9 kes tatatertib

               Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM

               UNIT INOVASI DAN PROTOKOL


               Unit  Inovasi  dan  Protokol  bertindak  sebagai  unit  yang  melaksanakan  inisiatif
               strategik inovasi serta kreativiti yang memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti,
               produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam
               di KKM. Projek inovasi yang berimpak tinggi sering diberikan pengiktirafan sewajarnya
               oleh KKM. Malah  buat julung  kalinya pada tahun  2019,  KKM  telah memberikan
               Anugerah Inovasi Perdana KKM kepada Jabatan Rehabilitasi Perubatan Sungai Buloh,
               Selangor bagi projek Single Channel Cystometry (SCC). Unit Inovasi juga terlibat untuk
               menyelaras penilaian terhadap penarafan kualiti perkhidmatan sektor awam di KKM
               melibatkan 12 Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi pelaksanaan EKSA Do-It-Yourself
               (DIY) dan tujuh (7) JKN bagi pelaksanaan Mystery Shopping DIY.


               Unit Protokol pula berperanan membantu BKP menganjurkan majlis rasmi utama di
               IPKKM, menyediakan perkhidmatan runding cara dan khidmat nasihat berkaitan hal
               ehwal  pengurusan  protokol  kepada  Bahagian/Program/Jabatan  Kesihatan  Negeri/
               Institusi di bawah KKM, sekretariat induk bagi Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat
               Kebangsaan KKM dan bertanggungjawab menyelaras proses pemilihan Rombongan
               Petugas Haji (RPH) Perubatan dari KKM. Sebanyak lima (5) majlis rasmi utama telah
               dilaksanakan oleh  Unit Protokol di IPKKM pada tahun 2019 melibatkan tiga (3) Majlis
               Ramah Mesra YB Menteri Kesihatan Malaysia Bersama Warga KKM dan Majlis Malam
               Mesra KKM. Selain itu, Unit Protokol juga telah memberikan perkhidmatan runding
               cara dan khidmat nasihat protokol di dalam 78 buah program/majlis di KKM.

               UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

               Unit Psikologi  Kaunseling  berperanan  untuk merancang,  melaksana, membangun
               serta menyelaras aktiviti-aktiviti psikologi dan kaunseling di IPKKM. Ringkasan aktiviti-
               aktiviti Unit Psikologi dan Kaunseling sepanjang tahun 2019 seperti pada Jadual 2.9.










                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  31
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46