Page 36 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 36

Kursus/bengkel yang dianjurkan adalah  bertujuan untuk memberi  pendedahan
            kepada teknik pengajaran dan pembelajaran ke arah anjakan paradigma kepimpinan
            dalam memacu ILKKM sebagai pusat kecemerlangan latihan. Selain itu, kursus kepada
            instruktor klinikal ILKKM telah dilaksanakan bagi tujuan memantapkan pengetahuan
            dan kefahaman pengajaran serta pembelajaran di lapangan klinikal.


            Pada 3 dan 4 September 2019, buat julung kalinya ILKKM Regional Conference on
            Medical  and  Allied  Health  Education  2019 telah  dilaksanakan  bertempat di  Hotel
            Berjaya Times Square Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr.
            Chen Chaw Min (KSU, KKM). Persidangan tersebut telah dihadiri oleh peserta daripada
            ILKKM dan agensi luar.

            PEPERIKSAAN DAN PENSIJILAN


            Sepanjang tahun 2019, proses penilaian serta pentauliahan berdasarkan keputusan
            peperiksaan akhir semester Program Latihan Pra Perkhidmatan dan Program Lanjutan/
            Pengkhususan  (Post-Basic) telah dilaksanakan.  Pada keseluruhannya, pencapaian
            kelulusan  peperiksaan akhir semester  adalah  cemerlang  bagi kedua-dua  program
            dengan kadar kelulusan 99.64 peratus dan 97.56 peratus. Untuk mempertingkatkan
            kualiti  penilaian,  pelbagai  siri  kursus  telah  diadakan  kepada  pengajar  dan  pakar
            perubatan untuk memantapkan lagi kemahiran dalam kompetensi pembinaan item.



            BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI (BPK)


            Fungsi utama BPK bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme
            semata-mata, tetapi juga untuk memberi fokus dalam membentuk kerja berpasukan
            serta menerapkan  sikap  penyayang dan  elemen budaya korporat dalam  kalangan
            warga KKM. Dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kini, BPK sentiasa mereformasi
            strategi dan kaedah bagi memastikan keupayaan sumber manusia di KKM mempunyai
            kompetensi  yang  sesuai  dengan  jawatan-jawatan  yang  disandang  supaya  dapat
            melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diharapkan.
























        LAPORAN TAHUNAN
    26  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41