Page 40 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 40

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)

            Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah menyediakan perkhidmatan sokongan
            dan khidmat nasihat yang efisien dalam sistem pengurusan bagi memastikan semua
            aktiviti di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) dapat dilaksanakan
            secara profesional dan sekali gus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan
            kesihatan. BKP terdiri daripada tiga (3) cawangan utama iaitu Cawangan Pengurusan
            Am, Cawangan Kewangan dan Pengurusan Aset dan Cawangan Sumber Maklumat.


            CAWANGAN PENGURUSAN AM


            Cawangan  Pengurusan  Am  merupakan  cawangan  yang  mengendalikan  urusan
            melibatkan  pentadbiran  am,  pengurusan  sumber  manusia,  pelaksanaan  inisiatif
            strategik inovasi serta pengurusan protokol, pengurusan rekod serta penyelarasan
            aspek psikologi dan kaunseling di IPKKM. Cawangan ini terdiri daripada lima (5) unit:


            UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
            Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) bertanggungjawab dalam semua urusan
            berkenaan perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan di IPKKM. Antara aktiviti UPSM
            adalah seperti di Jadual 2.8.


                                                Jadual 2.8
                          Aktiviti Unit Pengurusan Sumber Manusia, Tahun 2019

              BIL.                    AKTIVITI                              PRESTASI
               1.   Penyediaan dan perekodan Kew.8                 12,273 urusan

                    Perekodan urusan-urusan perkhidmatan dalam
               2.                                                  21, 518 rekod
                    Buku Perkhidmatan Kerajaan
                    Urusan - Pengesahan pelantikan
               3.          -  Pengesahan dalam perkhidmatan        243 permohonan
                           -  Pemberian taraf berpencen
               4.   Urusan Pesaraan  (wajib/pilihan/terbitan)      71  pesara

                                                                   -  56 pembiayaan
                                                                      komputer
                    Urusan permohonan pembiayaan pinjaman          -  33  pembiayaan
               5.
                    (komputer/rumah/kereta)                           perumahan
                                                                   -  15 pembiayaan
                                                                      kenderaan








        LAPORAN TAHUNAN
    30  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45