Page 50 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 50

BIL.       AKTIVITI                           PENCAPAIAN
                                        Portal Virtual Library:
                                        •  Langganan lima (5) pangkalan data: Access
                                           Medicine, ClinicalKey for Nursing (termasuk eBuku
                    Perkhidmatan           BiblioTech & Wiley), Emerald Insight, LawNet dan
                    Pengurusan
               2.                          OVID
                    Maklumat dan
                    Pendigitan          •  Perkhidmatan Kesedaran Semasa – 10 Content
                                           Highlights melalui emel Postmaster KKM
                                        •  13 aktiviti promosi (dilaksanakan ke seluruh negara)
                                        •  Pengguna Perpustakaan – 70,602 orang
                                        •  Menyelaras 94 perpustakaan di bawah KKM:
                                           ►  8 perpustakaan institusi/makmal
                    Perkhidmatan           ►  58 perpustakaan hospital
                    Pembangunan
               3.                          ►  28 perpustakaan institut latihan perubatan
                    dan Khidmat         •  Mengadakan satu (1) bengkel kepada 206
                    Nasihat
                                           kakitangan daripada 94 perpustakan di bawah KKM.
                                        •  220 koleksi buku dan tesis telah didokumentasikan.

            Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM

            BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM)


            Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology-
            ICT) digunakan secara meluas bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan
            kesihatan. Selaras dengan visi ICT KKM sebagai pemacu bisnes dalam perkhidmatan
            kesihatan yang berkualiti dan bersepadu dan Misi ICT KKM untuk menuju ke arah
            mengoptimumkan perkhidmatan ICT, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah
            menggariskan strategi  untuk  memperkukuh kesediaan dan integrasi ICT melalui
            inisiatif-inisiatif ICT berikut:

            MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN INFRASTRUKTUR ICT


            Penyediaan Perkhidmatan MyGov*Net

            MyGov*Net merupakan  Rangkaian  Telekomunikasi  Bersepadu  Kerajaan  bagi
            menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan secara atas talian. Sehingga
            tahun 2019 sebanyak 2,906 fasiliti dirangkaikan dengan talian MyGov*Net.














        LAPORAN TAHUNAN
    40  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55