Page 52 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 52

Sebanyak tiga (3) aplikasi baru yang dibangunkan secara in-house pada tahun 2019:

            i.    Sistem EHRI bertujuan untuk menyokong pelaksanaan Program Perlindungan
                  Kesihatan  Alam Sekitar (PEKA) dengan  menyediakan  sistem pangkalan  data
                  yang cekap dan mudah serta berupaya menjalankan analisa risiko kesihatan
                  alam sekitar untuk kegunaan pembuat keputusan (decision maker) di peringkat
                  KKM khususnya bagi membuat keputusan kawalan yang berkesan.
            ii.   Sistem  VeDa  dibangunkan  selaras dengan “Panduan  dan  Prosedur
                  Verifikasi  Data  Penyebab  Kematian  Yang  Tidak  Disahkan  Secara  Perubatan
                  di  Malaysia”  bagi  memastikan  proses  kerja  lebih  efisien,  pemantauan  lebih
                  berkesan dan menjamin  keselamatan  serta kerahsiaan  maklumat  Verbal
                  Autopsy (VA) di  peringkat kebangsaan.  Pengguna sistem  ini  terdiri  daripada
                  Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perangkaan Malaysia serta Kementerian
                  Kesihatan Malaysia di peringkat Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan
                  Negeri dan Klinik Kesihatan di seluruh negeri.

            iii.   Sistem  MyMaHTAS  merupakan satu aplikasi capaian mudah  dan pantas ke
                  atas  produk-produk  keluaran  Cawangan  Penilaian  Teknologi  Kesihatan  iaitu
                  Clinical  Practice  Guidelines (CPG),  Health  Technology  Assessment (HTA),
                  Technology Review (TR) dan Horizon Scanning (HS) yang bertunjangkan kepada
                  evidence-based medicine dan value-based medicine bagi meningkatkan kualiti
                  penjagaan kesihatan di Malaysia. Pembangunan MyMahTAS merangkumi tiga
                  (3) komponen iaitu Portal, Sistem back-end dan Aplikasi Mudah Alih.

            Bagi memastikan kesinambungan dan ketersediaan perkhidmatan, beberapa aplikasi
            sedia ada telah melalui proses menaik taraf versi sistem dan penambahbaikan fungsi
            dan komponennya iaitu Healthier Choice Logo, Sistem Tabung Bantuan Perubatan,
            Penjagaan  Kesihatan  Premier, Sistem AP58(a),  Sistem Maklumat Penguatkuasaan
            Kesihatan Awam, Medical Practice Control System. Sistem Informasi Entomologi dan
            Pest Atas Talian dan Sistem Maklumat Pengurusan Personel 2.0.


            PELAKSANAAN  PENGURUSAN PERUBAHAN DAN  ICT CULTIVATION DI
            KALANGAN KAKITANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN


            Jawatankuasa Pemandu ICT KKM

            Mesyuarat  Jawatankuasa  Pemandu  ICT  KKM  yang  dipengerusikan  bersama  oleh
            Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Kesihatan telah diadakan sebanyak empat (4)
            kali (Jadual 2.16) iaitu:











        LAPORAN TAHUNAN
    42  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57