Page 53 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 53

Jadual 2.16
                            Tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT KKM 2019


                              Mesyuarat                             Tarikh Mesyuarat
                         JPICT KKM Bil. 1/2019                      22 Mac 2019

                         JPICT KKM Bil. 2/2019                      31 Mei 2019
                         JPICT KKM Bil. 3/2019                      2 Ogos 2019

                         JPICT KKM Bil. 4/2019                27 November 2019
               Sumber: Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM
               Mesyuarat  Jawatankuasa  Teknikal  Projek  ICT  (JTI)  pula  telah  diadakan  sebanyak
               lapan (8) kali (Jadual 2.17). Sebanyak 79 projek ICT telah diberi pertimbangan untuk
               kelulusan teknikal sepanjang tahun 2019.

                                                   Jadual 2.17
                             Tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT KKM 2019


                              Mesyuarat                             Tarikh Mesyuarat
                         JTICT KKM Bil. 1/2019                   21 Februari 2019
                         JTICT KKM Bil. 2/2019                        4 Mac 2019

                         JTICT KKM Bil. 3/2019                       30 April 2019
                         JTICT KKM Bil. 4/2019                       13 Mei 2019
                         JTICT KKM Bil. 5/2019                       17 Mei 2019
                         JTICT KKM Bil. 6/2019                        8 Julai 2019
                         JTICT KKM Bil. 7/2019                      27 Ogos 2019

                         JTICT KKM Bil. 8/2019                 12 November 2019
               Sumber: Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM

               Naziran Pematuhan Dasar Keselamatan ICT

               Naziran Pengurusan Keselamatan Maklumat KKM adalah bertujuan untuk menyemak
               dan  memantau  pematuhan  fasiliti  KKM  ke  atas  pekeliling,  dasar,  akta  serta  surat
               arahan yang berkaitan dengan keselamatan ICT.  Selain daripada itu, naziran ini juga
               bertujuan untuk melihat ketersediaan terhadap pelaksanaan Standard Information
               Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001:2013. Pada tahun 2019, sebanyak
               lima  (5)  fasiliti  telah  dipilih  untuk  melaksanakan  naziran  iaitu  Hospital  Sultanah
               Aminah, Johor Bahru, Johor; Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor; Hospital
               Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan; Hospital Miri, Miri, Sarawak; dan
               Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  43
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58