Page 65 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 65

PENGURUSAN BAYARAN EMOLUMEN

               Jumlah keseluruhan emolumen yang diproses bagi IPKKM pada tahun 2019 adalah
               sebanyak  RM2.081  bilion  melibatkan  30,749  pegawai.  Jumlah  bayaran  emolumen
               bertambah sebanyak 5.58 peratus daripada RM1.97 bilion tahun 2018 ke RM2.08
               bilion  tahun  2019. Jumlah  keseluruhan  emolumen KKM  (seluruh  Malaysia)  pada
               tahun 2019 adalah sebanyak RM 15,883,255,066.07.

               PENGURUSAN AKAUN AMANAH

               KKM mempunyai 23 Akaun Amanah iaitu satu (1) Akaun Amanah di bawah Seksyen
               10 dan 22 Akaun Amanah di bawah Seksyen 9, Akta Acara Kewangan 1957.

                  i.    Akaun Amanah di bawah Seksyen 10, Akta Acara Kewangan 1957
                        Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan (KWATBP) ditubuhkan
                        bertujuan  untuk  membantu  membiayai  kos  rawatan  perubatan  kepada
                        golongan yang tidak berkemampuan. Baki KWATBP pada 31 Disember 2019
                        adalah berjumlah RM71,498,079.69.
                  ii.   Akaun Amanah di bawah Seksyen 9, Akta Acara Kewangan 1957
                        Terdapat  22  Akaun  Amanah  di  bawah  Seksyen  9  yang  diselenggara  oleh
                        BA, KKM. Baki Akaun Amanah sehingga 31 Disember 2019 dengan jumlah
                        keseluruhan adalah sebanyak RM27,863,322.34.

               PENGURUSAN AKAUN DEPOSIT

               KKM mempunyai 14 Akaun Deposit. Baki Akaun Deposit sehingga 31 Disember 2019
               adalah  berjumlah RM128,701,875.00.  Daripada  14  Akaun Deposit  tersebut, lima
               (5) Akaun Deposit melibatkan deposit bayaran cagaran bagi kemasukan ke hospital
               dan deposit peralatan pesakit dengan jumlah RM69,061,804.39. Manakala sembilan
               (9) Akaun Deposit berjumlah RM59,640,070.61 melibatkan Deposit Wang Jaminan
               Pelaksanaan  (WJP),  Deposit Kuarters,  Deposit  Am  dan  lain-lain  deposit  berkaitan
               pengurusan.


               PERAKAUNAN KITARAN HAYAT ASET
               Selaras dengan polisi perakaunan akruan, semua aset di bawah kategori Aset Bukan
               Kewangan  yang  mempunyai  Kitaran  Hayat  Aset  perlu  dilaporkan  dengan  tepat  di
               dalam Penyata Kewangan Kementerian berdasarkan titik pengiktirafan (tarikh) dan
               pengukuran nilai aset (RM) yang benar dan saksama. Sehingga 31 Disember 2019,
               kedudukan baki terkumpul Aset Bukan Kewangan adalah sebanyak RM39,851,823,688
               seperti di Rajah 3.2.










                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  55
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70