Page 64 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 64

Terdapat empat (4) Perjanjian  Konsesi  yang berkuat kuasa dan diurus  tadbir  oleh
            Bahagian Perolehan dan Penswastaan seperti berikut:

               i.    Perjanjian  Konsesi  Perolehan  Dan  Penyelenggaraan Peralatan Perubatan
                     Di  klinik-klinik Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (Medical  Equipment
                     Enhancement Tenure – MEET);
               ii.   Perjanjian  Konsesi  Perkhidmatan  Penyeliaan  Dan  Pemeriksaan  Kesihatan
                     Pekerja Asing (FOMEMA);
               iii.   Perjanjian Konsesi Penswastaan Makmal Ubat Dan Stor Dengan Pharmaniaga;
                     dan
               iv.   Perjanjian Konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital.


            HALA TUJU


            Bahagian Perolehan dan Penswastaan sentiasa membantu bahagian dan program lain
            dalam melaksanakan urusan perolehan yang cekap dan berintegriti ke arah mencapai
            objektif perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di KKM.


            BAHAGIAN AKAUN



            Bahagian  Akaun  (BA),  KKM  sebagai  Pejabat  Perakaunan  bertanggungjawab  dalam
            menyediakan  dan  memantapkan  perkhidmatan  perakaunan  dan  kewangan
            Kerajaan yang komprehensif bagi mempertingkatkan akauntabiliti sektor awam. BA
            bertanggungjawab memastikan semua urusniaga bagi KKM diperakaunkan dengan
            tepat dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan. Tugas utama BA termasuklah
            mengurus dan mengakaunkan terimaan dan bayaran termasuk gaji, pengurusan akaun
            amanah, pelaksanaan  sistem  perakaunan  Kerajaan,  pemantauan  melalui  naziran
            dan audit serta merancang dan melaksanakan program latihan bagi meningkatkan
            kompetensi pegawai.


            PENGURUSAN KEWANGAN

            PEMBAYARAN


            Secara keseluruhannya, BA KKM  telah meluluskan pembayaran bil  sebanyak
            RM2,680,035,613  atau  309,472  bil  bagi  tahun  kewangan  2019  berbanding
            RM3,856,096,845 atau 306,952 bil pada tahun sebelumnya. Terdapat pengurangan
            amaun  bayaran  sebanyak  30.50  peratus  walaupun  bilangan  bil  yang  diproses
            meningkat sebanyak 0.82 peratus bagi 44 Pusat Tanggung Jawab (PTJ) (2018: 49 PTJ)
            di bawah Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM).







        LAPORAN TAHUNAN
    54  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69