Page 61 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 61

Perkhidmatan  Penyeliaan  dan  Pemeriksaan  Kesihatan  Pekerja Asing.  Pelaksanaan
               program tersebut perlulah selaras dengan Dasar Penswastaan Negara dan dipantau
               rapi  serta  sentiasa  ditambah  baik  dari  segi  piawai,  keberkesanan  dan  kualiti
               perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai. Bahagian ini juga mengawal selia
               pengurusan stor, inventori dan aset KKM supaya kesemua peraturan yang berkuat
               kuasa adalah dipatuhi pada setiap masa.


               PRESTASI PEROLEHAN KEMENTERIAN


               Perolehan  melalui  tender  yang  dilaksanakan  di  peringkat  KKM  adalah  meliputi
               perolehan  farmaseutikal,  peralatan  perubatan,  perkhidmatan,  ICT,  kenderaan  dan
               Approved  Products  Purchase  List  (APPL).  Selaras  dengan  dasar  pengoptimuman
               sumber yang diamalkan oleh  Kerajaan, KKM  telah  melaksanakan penjimatan
               dalam urusan perbelanjaan perolehan Kerajaan bagi memastikan peruntukan yang
               diluluskan mencukupi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan teras dan rawatan
               pesakit supaya penjagaan kesihatan tidak terjejas. Penjimatan yang diperoleh adalah
               berdasarkan kepada perbandingan di antara anggaran harga jabatan dengan harga
               kontrak yang ditawarkan serta mekanisma rundingan harga yang diadakan dengan
               syarikat yang dilantik susulan daripada kelulusan khas oleh Kementerian Kewangan
               Malaysia (MOF). Jadual 3.4 menunjukkan pencapaian perolehan KKM tahun 2019
               mengikut kategori item perolehan yang telah diuruskan oleh Bahagian Perolehan dan
               Penswastaan.


                                                   Jadual 3.4
                                        Pencapaian Perolehan KKM  2019



                           KATEGORI        NILAI PEROLEHAN       PENJIMATAN        PENJIMATAN
                 BIL
                          PEROLEHAN              (RM)                (RM)               (%)
                  1.   Farmaseutikal      2,054,390,016.12      402,447,717.40         20
                  2.   Peralatan Perubatan  266,199,651.48       40,970,203.61         15

                  3.   Perkhidmatan         669,500,113.33       53,916,612.57          8
                  4.   ICT                  437,124,184.82       14,446,185.17          3
                  5.   Percetakan             2,183,058.50        1,150,266.05         53

                  6.   Toner/MTO             19,995,992.97        3,385,770.13         17
                  7.   Ayam                  62,147,389.95                0.00          0

                         JUMLAH           3,511,540,407.17      516,316,754.93         15
               Sumber: Bahagian Perolehan dan Penswastaan, KKM








                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  51
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66