Apakah manfaat reformasi kesihatan ini kepada rakyat?
- Rakyat mempunyai pelan kesihatan yang berpaksikan individu berdasarkan keperluan kesihatan / perubatan seseorang.
- Rakyat mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dengan kerjasama di antara pihak kerajaan dan swasta.
- Rakyat boleh mendapatkan rawatan dari doktor dan pasukan kesihatan yang sama setiap kali diperlukan serta boleh juga memilih untuk mendapatkan rawatan di klinik lain.
- Rakyat mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pasukan kesihatan komuniti yang terlatih supaya kekal sihat.
- Rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dengan harga dan masa menunggu yang berpatutan.
- Rakyat boleh mengakses rekod perubatan peribadi secara atas talian. Rekod perubatan juga boleh diakses oleh hospital dan klinik di seluruh negara bagi tujuan rawatan.
- Rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan secara atas talian bagi keadaan tertentu.






