Page 15 - E buletin Oktober 2019
P. 15
Lawatan Ketua Pengarah Kesihatan
ke Tapak Projek Pembinaan Hospital Bachok
Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,
Ketua Pengarah Kesihatan (KPK)
telah melawat tapak projek pembinaan
YHospital Bachok pada 17 Oktober
2019 di Kota Bharu, Kelantan. YBhg. Datuk
Dr. KPK juga mempengerusikan mesyuarat
bersama dengan pihak Jabatan Kerja Raya,
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan
pihak kontraktor pelaksana bagi memantau
perkembangan projek pembangunan Hospital
Bachok yang dijangka akan siap pada bulan
Ogos 2020. Pembinaan Hospital Bachok
kini sudah mencapai 63% siap mengikut
jadual pembinaan. Perbincangan status
terbuka dengan semua pihak yang berkenaan
diharapkan dapat menyelesaikan segala
isu berbangkit dalam usaha menyiapkan
pembinaan hospital ini mengikut jadual yang
ditetapkan.
E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019 12