Page 4 - E buletin Oktober 2019
P. 4
Program Santuni Rakyat: Kenali Ubat Anda
rogram Santuni Rakyat: “Kenali Ubat
Anda” telah diadakan di Dewan Datuk
Penggawa Permatang, Kuala Selangor
Ppada 5 Oktober 2019 dan telah dihadiri
oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri
Kesihatan Malaysia pada majlis penutupan
sesi petang. Penganjuran program ini adalah
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
semua pengguna supaya lebih peka dan
berhati-hati sebelum membeli sebarang produk
kesihatan. Ini termasuklah jenis ubat-ubatan
yang tidak berdaftar serta diniagakan secara
penjualan terus atau atas talian (online) turut
menjadi fenomena yang membimbangkan. Dalam
program berkenaan YB Datuk Seri Dr. berkata,
tindakan penguatkuasaan giat dilaksanakan oleh
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) pada
tahun ini dan sehingga bulan September 2019,
produk tidak berdaftar berjumlah RM31 juta serta
mengandungi racun berjadual, produk-produk
tradisional dan juga produk kosmetik telah berjaya
dirampas. Ujar beliau lagi, bagi menangani
masalah tersebut BPF, KKM telah menubuhkan
Seksyen Inteligens dan Forensik Siber untuk
mengawal penjualan produk farmaseutikal dan
kosmetik secara online termasuk memantau dan
menyiasat aktiviti penjualan produk farmaseutikal
di media sosial.
01 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2019