Page 9 - E buletin Oktober 2019
P. 9
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan
ke Hospital Kuala Nerang, Kedah
ada 5 Oktober 2019, YB Dr. Lee Boon
Chye, Timbalan Menteri Kesihatan
Malaysia telah membuat lawatan kerja
Pdan juga menyempurnakan Perasmian
Wad Rehabilitasi Geriatik HoKKU, Hospital
Kuala Nerang, Kedah yang pertama di Malaysia.
Hospital tanpa pakar tersebut telah mula
beroperasi pada tahun 1994 dan kini di bawah
seliaan YBrs. Dr. Syed Satahkatulah, Pengarah
Hospital Kuala Nerang. Pada 2017, Hospital
Kuala Nerang telah disertakan sebagai Hospital
Kluster Kedah Utara (HoKKU) bersama-sama
dengan Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital
Jitra dalam inisiatif tersebut. Inisiatif ini telah
meningkatkan penggunaan katil sebanyak 33%
dan mengurangkan kesesakan di hospital lain.
E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019 06