Page 7 - E buletin Oktober 2019
P. 7
Hari Penyelidikan Selangor ke-8 Tahun 2019
ada 2 Oktober 2019, YBhg. Datuk
Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua
Pengarah Kesihatan (KPK) telah
Pmerasmikan Hari Penyelidikan
Selangor ke-8 Tahun 2019 yang bertemakan
“Media Sosial dalam Kesihatan” di Hospital
Ampang. Kelajuan evolusi teknologi digital
dan kehadiran media sosial telah mengubah
cara penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Teknologi digunakan sebagai alat untuk
berinovasi dan meningkatkan kualiti penjagaan
dan klinikal. Penjagaan kesihatan melalui media
sosial membolehkan pesakit dan keluarga
mereka membina rangkaian dan pertukaran
maklumat secara ‘online’ dalam kalangan
mereka tanpa kehadiran atau nasihat pengamal
kesihatan profesional. Menurut YBhg. Datuk
Dr. KPK, pendidikan dan promosi kesihatan
adalah proses yang tidak pernah berakhir dan
memerlukan kesabaran yang banyak, terkini
fakta dan kemahiran komunikasi yang baik.
E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019 04