Page 6 - E buletin Oktober 2019
P. 6

program regatta keskip @ eksplorasi diet



                            sempena bulan sukan negara







                 ada 26 Oktober 2019 yang lalu,
                 YBhg. Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min,
                 Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian
       PKesihatan Malaysia (KKM) telah
        merasmikan  program  Regatta  KESKIP  &
        Xplorasi Diet sempena Bulan Sukan Negara
        2019  Peringkat Kementerian  di Kelab  Tasik
        Putrajaya. Dianggarkan hampir 500 orang
        peserta telah mengambil bahagian di dalam
        aktiviti kolaborasi di antara pihak Kelab Sukan
        dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) dan
        Malaysia  Dietitian Association  (MDA). Antara
        aktiviti yang dilaksanakan ialah acara berkayak
        sejauh 14km, program “10 Ribu Langkah” dan
        ‘Zumba 2 jam’ (tanpa henti) serta pelbagai
        aktiviti di tapak pameran kesihatan yang turut
        melibatkan agensi di bawah KKM. Sebagai
        menyahut dan mempromosikan gaya hidup
        sihat dalam kalangan kakitangan KKM serta
        orang awam yang turut menyaksikan kehadiran
        YBhg. Dato’ Seri Dr. KSU dalam acara “10 Ribu
        Langkah” sambil menelusuri laluan pejalan
        kaki di sepanjang  Tasik Putrajaya. Dengan
        daya usaha ini juga beliau telah mengucapkan
        syabas dan terima kasih kepada semua orang
        yang telah menjayakan program ini.










          03 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11