Page 101 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 101

KAJI SELIDIK  MASALAH KETIDAKUPAYAAN MELALUI NATIONAL HEALTH AND
               MORBIDITY SURVEY


               WHO  Global  Disability  Action  Plan  2014-2021 menekankan  tentang pengukuhan
               pengumpulan  data  yang  relevan  berkenaan  ketidakupayaan. Pada  2015,  National
               Health and Morbidity  Survey  (NHMS)  menunjukkan  prevalen  individu  dewasa  di
               Malaysia dengan ketidakupayaan adalah 11.8 peratus (95 peratus CI: 11.15, 12.53).
               Prevalen individu dengan ketidakupayaan mendapat penyakit tidak berjangkit adalah
               dua kali ganda berbanding populasi umum Malaysia. NHMS 2019 bagi Model Disability
               mengguna pakai soalan kaji selidik daripada WHO: Washington Group on Disability
               (WG). Data awal menunjukkan prevalen ketidakupayaan bagi populasi di Malaysia
               adalah sebanyak 11.2 peratus (mengambil kira semua peringkat umur).

               PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA EMAS

               Malaysia  dijangka mencapai  status ‘negara tua’ (aged  nation) menjelang tahun
               2030  di  mana populasi  berumur 60  tahun  ke  atas melebihi  15  peratus daripada
               jumlah  populasi  negara. Fenomena ini  akan memberi  cabaran dalam  penyediaan
               perkhidmatan  kesihatan  warga  emas  akibat  peningkatan  beban  penyakit  tidak
               berjangkit dan peningkatan ketidakupayaan dan peningkatan perbelanjaan kesihatan
               negara.

               PENUAAN SIHAT: PERLUASAN SKOP PERANAN JURURAWAT MASYARAKAT DI KLINIK
               DESA

               Sejajar dengan saranan Policy Framework for Healthy Ageing (World Report on Ageing
               and Health, World Health Organization, 2015) dan Global Strategy & Action Plan on
               Ageing  and  Health  2016-2020,  BPKK  telah  memperkenalkan  inisiatif  baru  dengan
               perluasan skop peranan Jururawat Masyarakat di klinik desa. Tumpuan diberi kepada
               pengekalan keupayaan fungsi warga emas dengan mencegah penyakit kronik melalui
               saringan dan pengesanan awal yang dilakukan oleh Jururawat Masyarakat di klinik
               desa.


               Penurunan kadar kelahiran dan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar
               ke kawasan bandar menyebabkan kedatangan klien semakin berkurangan di klinik
               desa.  Manakala  bilangan  warga  emas  di  kawasan  luar  bandar  pula  meningkat
               akibat  peningkatan  jangka  hayat.  Bagi  mengoptimakan  fungsi,  klinik  desa  dengan
               kedatangan klien kurang daripada 15 orang sehari dan dikendali oleh dua atau lebih
               Jururawat Masyarakat, dipilih untuk melaksanakan skop tambahan dan menyediakan
               perkhidmatan penjagaan kesihatan warga emas. Pada tahun 2019, inisiatif ini telah
               dimulakan di 54 buah klinik desa di Pahang dan di 72 buah klinik desa di Perak dan
               akan diikuti dengan perluasan ke negeri lain pada tahun 2020 secara berfasa.













                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  91
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106