Page 102 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 102

MAKLUMAT PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER

            TELEPRIMARY CARE (TPC)

            Teleprimary  Care (TPC)  adalah  Sistem  Maklumat Klinik  dan  Rekod  Perubatan
            Elektronik  yang dibangunkan  pada  tahun  2005  dan  kini  melibatkan  sembilan  (9)
            peratus  daripada  fasiliti  penjagaan  kesihatan  primer.  Sehingga  2019  sebanyak  89
            fasiliti penjagaan kesihatan primer dan klinik pakar pesakit luar di 6 buah hospital.
            Pemantauan penggunaan sistem TPC menunjukkan peningkatan dalam kedatangan
            dan bilangan rekod perubatan. (Jadual  4.10)

                                                Jadual 4.10
             Bilangan Pesakit Yang Baru Didaftarkan, Bilangan Lawatan Pelanggan ke Klinik dan
                   Bilangan Rekod Perubatan (Care Plan) di dalam Sistem TPC dari tahun
                                             2010 hingga 2019


                                                          Jenis Dats

                  Tahun          Bilangan pesakit                           Bilangan rekod
                                    baru yang         Bilangan lawatan         perubatan
                                    didaftarkan                                (Careplan)
                   2019              612,397              8,551,562            6,812,835

                   2018              648,203              6,959,285            4,815,177
                   2017              665,065              8,538,313            4,495,770

                   2016              633,410              6,638,760            5,689,326
                   2015              540,947              6,925,753            3,290,237

                   2014              708,487              7,224, 046           2,474,012
                   2013              685,399              660,6017             2,332,243

                   2012              749,116              635,6628             2,043,262

                   2011              860,415              611,5264             1,390,212
                   2010              808,785              470,2686              881,162

             JUMLAH DATA
             KUMULATIF             6,912,224            68,618,314           32,834,024
            Sumber: Pangkalan Data TPC

            Sistem  TPC di  89  buah  klinik  kesihatan akan dimigrasi kepada sistem  baharu
            Teleprimary Care-Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS) secara berfasa,
            bermula awal tahun 2020.. Perluasan projek akan melibatkan klinik kesihatan di tujuh
            (7) buah negeri iaitu Perlis, Selangor, WPKL dan Putrajaya, Johor, Pahang, Sabah dan
            Sarawak. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada tahun 2019 sebagai persediaan bagi
            migrasi adalah:





        LAPORAN TAHUNAN
    92  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107