Page 128 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 128

Imej 4.10
                           Pertandingan Institusi Pendidikan Tinggi Bebas Denggi












                                       Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

            3.  Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen COMBI

            Kedua-dua program telah dijalankan secara serentak pada pada 26 Julai 2019 hingga
            28 Julai  2019 di  Hotel Seri Iskandar, Perak dan  dirasmikan  oleh  Yang Berhormat
            Menteri  Kesihatan,  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad.  Kehadiran  bagi  Konvensyen
            COMBI adalah terdiri daripada 250 orang ahli COMBI dan 55 orang anggota kesihatan
            manakala jemputan bagi Hari Denggi ASEAN adalah terdiri daripada Ahli Postcab,
            Pengarah Kesihatan Negeri, Pegawai Vektor Negeri, Pegawai Kaji Serangga Negeri dan
            Pegawai Pendidikan Kesihatan serta kakitangan Kementerian Kesihatan Negeri.

                                                 Imej 4.11
                                Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen COMBI












                                       Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

            INISIATIF PERSEKITARAN YANG MENYOKONG HIDUP SIHAT

            1.  Kompleks E-Sihat

            Bertujuan untuk mewujudkan tempat kerja yang sihat bagi penjawat awam daripada
            pelbagai kementerian dan agensi di Kompleks E menerusi penglibatan dalam aktiviti
            cara hidup sihat, aktiviti fizikal dan kesukanan di samping mengeratkan hubungan
            antara penjawat awam. Perasmian Kompleks E-Sihat telah disempurnakan oleh Yang
            Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia bersama dengan Yang Berhormat Timbalan
            Menteri Kesihatan  pada  19 April  2019 bertempat di  ruang legar Galeri, Bahagian
            Pendidikan Kesihatan, Blok E10, Kompleks E. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan
            adalah  seperti  Challenge  Zone,  Ladies  Aerodance,  X-Break,  Aero  E-Sihat  Workout,










        LAPORAN TAHUNAN
    118  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133