Page 142 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 142

UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CONTINUING PROFESSIONAL
            DEVELOPMENT (CPD)


            Program Pembangunan Profesional Berterusan/Continuing Professional Development
            (CPD) merupakan satu bentuk pembelajaran dan pembangunan professional sepanjang
            hayat  yang  sistematik  bagi  membolehkan  profesional  kesihatan  mengekalkan  dan
            meningkatkan pengetahuan serta kemahiran.

            Sistem myCPD versi 2.0 yang dilancarkan pada tahun 2017 telah digunakan oleh lebih
            230,000 orang pengguna berdaftar dari 52 skim perkhidmatan kesihatan di KKM dan
            juga sektor swasta.

            Penggunaan mata kredit CPD akan disesuaikan dengan keperluan atau tujuan yang
            berbeza  seperti  untuk  Anugerah  Perkhidmatan  Cemerlang,  pembaharuan  Sijil
            Amalan Tahunan untuk pengamal perubatan serta pendaftaran pakar perubatan di
            dalam National Specialist Register (NSR) dan juga untuk memenuhi keperluan latihan.

            CAWANGAN KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN

            Kualiti  kesihatan  adalah  salah  satu  daripada  asas  utama  perkhidmatan  kesihatan.
            Bagi menuju ke arah perlindungan kesihatan sejagat, akses kesihatan perlu disertai
            dengan kualiti  perkhidmatan  kesihatan yang baik.  Oleh  yang demikian, Cawangan
            Kualiti Penjagaan Perubatan bertanggungjawab mengendalikan aktiviti-aktiviti bagi
            meningkatkan  kualiti  perkhidmatan  dan  memastikan  penjagaan  kesihatan  yang
            selamat.

            UNIT AUDIT KLINIKAL

            Fungsi  utama  Unit  Audit  Klinikal  adalah  menjalankan  inisiatif  kualiti  dengan
            berpandukan  audit  klinikal  termasuk  Program Bebas Kesakitan (iaitu  Pain  as the
            5  Vital Sign (P5VS) dan Hospital Bebas Kesakitan), Perioperative Mortality Review
              th
            (POMR) dan Program MENANG. Sehingga kini, 29 buah hospital telah mendapat status
            Pain Free Hospital di Malaysia. POMR adalah audit klinikal berdasarkan peer-review
            yang melibatkan 71 buah hospital berpakar KKM. Ianya adalah merupakan komponen
            utama di dalam Global Surgery 2030, di mana menjelang tahun 2030, sasaran kadar
            pelaporan bagi POMR hendaklah mencapai kadar 100 peratus (Rajah 5.1).
























        LAPORAN TAHUNAN
    132  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147