Page 143 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 143

Rajah 5.1
                     Kadar Pelaporan POMR Kebangsaan Bagi 2016 Hingga September 2019


                Kadar Peratus (%)



















               Sumber: Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM

               Program MENANG memberi fokus kepada pesakit yang mengalami sakit kronik dan
               akan dikembangkan secara meluas di seluruh Malaysia pada tahun 2020. Pada ketika
               ini, ianya hanya dijalankan di beberapa buah hospital di Malaysia.

               UNIT KAWALAN INFEKSI

               Pada tahun 2019, Unit Kawalan Infeksi telah menerbitkan 3 buah buku iaitu 3  Edition
                                                                                         rd
               of Policies and Procedures on Infection Prevention Control dan Wound Care Quick
               Reference iaitu satu buku panduan poket bagi kegunaan kakitangan kesihatan dalam
               penjagaan luka. Penerbitan ketiga adalah Laporan ESBL E.coli Tricycle Project, iaitu
               satu projek rintis di Malaysia bagi mewujudkan satu sistem pengawasan Antimicrobial
               Resistance (AMR) yang bersepadu dan multisektoral melalui pendekatan “One Health”
               yang dibiayai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

               Pada bulan Oktober 2019, Seminar dan Bengkel ASEAN Antimicrobial Stewardship
               telah dianjurkan sebagai satu strategi di dalam pelan tindakan ASEAN Health Cluster 2.
               Seminar ini bertindak sebagai platform negara-negara ASEAN dalam berkongsi amalan
               terbaik dalam penggunaan agen antimikrob secara rasional. Konferens kebangsaan
               lain yang dijalankan adalah National Infection Prevention and Control Conference,
               Persidangan Penjagaan Luka Kebangsaan serta Seminar Minggu Kesedaran Antibiotik
               Sedunia peringkat kebangsaan.

               Program  Antimicrobial  Resistance  dan  Kawalan  Infeksi  juga  adalah  salah  satu
               komponen yang telah diaudit melalui Joint External Evaluation (JEE) oleh kumpulan
               pakar antarabangsa dan WHO. Hasil audit bagi komponen Kawalan Infeksi adalah
               cemerlang  manakala  komponen  ‘One  Health’  Antimicrobial  Resistance adalah
               memuaskan. Salah satu cadangan dari hasil audit JEE adalah pengukuhan penglibatan
               sektor swasta dalam menangani AMR. Oleh yang demikian, satu kerjasama dengan
               Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah dijalankan bagi mewujudkan polisi
               Antimicrobial Stewardship di hospital swasta.




                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  133
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148