Page 144 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 144

Unit ini juga terlibat secara langsung dalam pembangunan ASEAN Strategic Plan to
            combat Antimicrobial Resistance (AMR) serta mesyuarat konsultasi peringkat serantau
            (Western Pacific Region) yang berkaitan dengan pengawalan AMR.

            UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

            Pembudayaan  keselamatan  dan  kesihatan  pekerjaan  di  perkhidmatan  awam
            merupakan antara fokus utama pada tahun 2019 serta dijadikan sebagai salah satu
            Petunjuk  Prestasi  Utama  (KPI)  Ketua  Setiuasaha  Kementerian  Kesihatan  Malaysia.
            Indikator  dibawah  KPI  tersebut  termasuk  mempamerkan  Dasar  Keselamatan  &
            Kesihatan  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  di  hospital  dan  institusi  perubatan,
            penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) serta pelaksanaan Hazard
            Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC).

            Selain itu, unit ini turut terlibat dalam program saringan kesihatan untuk faktor Non-
            Communicable Disease (NCD) dalam kalangan pekerja KKM yang juga merupakan KPI
            Pengarah Perkembangan Perubatan dan Pengarah Kesihatan Negeri. Hasil pemantauan
            mendapati sepanjang tahun 2019, seramai 127,107 orang pekerja di hospital dan
            insititusi perubatan telah dikenal pasti layak untuk menjalani saringan kesihatan dan
            94,631 orang daripadanya telah disaring dan mencapai sasaran sebanyak 74 peratus
            (sasaran ≥ 60peratus).

            Pada tahun 2019, Seminar Keselamatan Jalan Raya (CARS) telah diadakan bersempena
            Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan kerjasama Malaysian Institute of
            Road Safety Research (MIROS). Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran
            mengenai keselamatan jalan raya di kalangan pekerja KKM.

            UNIT AKREDITASI DAN PIAWAIAN


            Sehingga 2019, terdapat sejumlah 64 daripada 145 buah hospital atau institusi yang
            telah menerima pensijilan akreditasi yang terdiri daripada 8 hospital tertier, 7 hospital
            sekunder, 44 hospital primer dan 5 institusi. Selain daripada itu, satu siri training of
            trainer yang melibatkan empat (4) zon telah dijalankan bagi melatih anggota kesihatan
            mengenai standard akreditasi dan pelaksanaannya di peringkat hospital dan negeri.

            Program Perubatan  juga merupakan program pertama di  KKM  yang berjaya
            memperolehi pensijilan MS ISO 9001: 2015 melalui audit yang dijalankan oleh Institut
            Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).




















        LAPORAN TAHUNAN
    134  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149