Page 146 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 146

Rajah 5.2
               Jumlah Aduan yang Diterima oleh Hospital KKM (Januari 2017 Hingga Oktober
                                                   2019





















            Sumber: Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM

            HALA TUJU


            Cawangan  Kualiti  Penjagaan  Perubatan  akan  terus  komited  dalam  meningkatkan
            inisiatif  penambahbaikan  kualiti  dan  membangunkan  dasar  mengikut  keperluan
            terkini bagi memastikan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dan selamat.


            CAWANGAN PENILAIAN TEKNOLOGI KESIHATAN

            Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia, Bahagian Perkembangan Perubatan
            atau lebih  dikenali  sebagai  MaHTAS menghasilkan laporan penilaian  teknologi
            kesihatan, panduan  amalan  klinikal, sintesis penyelidikan lain  yang telus, relevan
            dan mudah diakses sebagai input dalam membuat keputusan atau dasar berkaitan
            teknologi  kesihatan  seperti  perolehan,  penggunaan,  pelupusan,  pembayaran  balik
            dan penetapan harga.

            LAPORAN PENILAIAN TEKNOLOGI KESIHATAN DAN PANDUAN AMALAN KLINIKAL

            Sepanjang  tahun  2019,  dua  (2) laporan Penilaian  Teknologi  Kesihatan (HTA), 12
            laporan Kajian Teknologi Kesihatan (TR), 22 Information Brief (IB), lima (5) laporan
            TechBrief, 16 laporan TechScan dan sembilan (9) Panduan Amalan Klinikal (CPG) telah
            dihasilkan oleh MaHTAS (Rajah 5.3). Daripada 12 TR yang dihasilkan, sembilan (9)
            teknologi telah disyorkan untuk digunakan, satu (1) teknologi disyorkan untuk tujuan
            penyelidikan dan satu (1) teknologi tidak disyorkan untuk digunakan.

            Secara keseluruhan daripada tahun 1997 sehingga 2019, MaHTAS telah menghasilkan
            73 laporan HTA, 365 laporan TR, 126 CPG, 155 IB, 22 Techbrief dan 44 Techscan. Tajuk
            laporan dan  CPG  yang  dihasilkan  sepanjang  tahun  2019  adalah  seperti  tersenarai
            dalam Jadual 5.5 dan Jadual 5.6. Semua laporan dan CPG boleh dimuat turun dari
            Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di www.moh.gov.my.




        LAPORAN TAHUNAN
    136  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151