Page 153 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 153

MAJLIS OPTIK MALAYSIA

               Majlis Optik Malaysia atau Malaysian Optic Council (MOC) telah ditubuhkan pada
               1 Februari 1992. MOC bertanggungjawab mendaftarkan optometris dan juruoptik,
               memantau perkhidmatan dan amalan optometri dan juga membuat penilaian serta
               pengiktirafan  terhadap  Program  Optometri  dan  Opticianri  yang  dikendalikan  oleh
               Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di Malaysia.

               AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


               PENDAFTARAN PENUH DAN PERAKUAN PENGAMALAN TAHUNAN (APC) JURUOPTIK
               DAN OPTOMETRIS

               Jawatankuasa Penilaian MOC bertanggungjawab dalam pendaftaran dan persijilan.
               Rajah 5.5 menunjukkan peningkatan bilangan optometris dan juruoptik yang berdaftar
               dengan MOC setiap tahun. Mesyuarat Jawatankuasa telah diadakan sebanyak lima (5)
               kali pada tahun 2019. Rajah 5.6 menunjukkan bilangan sijil APC yang dikeluarkan pada
               tahun 2019. APC akan dikeluarkan kepada pengamal berdaftar yang ingin berkhidmat
               di Malaysia mengikut peruntukan di bawah Seksyen 32 Akta Optik 1991.

                                                    Rajah 5.5
                          Jumlah Optometris Dan Juruoptik Berdaftar Mengikut Tahun
                                               (2015 hingga 2019)




















                Sumber: Laporan Aktiviti MOC 2019, Mesyuarat MOC ke-76




















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  143
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158