Page 149 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 149

Pada tahun 2019, sebanyak 5,235 permohonan telah dikendalikan oleh Unit Tabung
               Bantuan  Perubatan  manakala  Unit  Sara Ubat 22,242 permohonan.  Unit  ini  telah
               berjaya  menjalankan  aktiviti  Continuous  Professional  Development  (CPD)  secara
               bulanan dan juga menganjurkan aktiviti team building julung kalinya.

               Jumlah permohonan yang tinggi, amat membebankan sumber manusia yang sedia
               ada. Walau bagaimanapun objektif kualiti masih tercapai secara keseluruhan.

               BAHAGIAN AMALAN PERUBATAN


               Bahagian Amalan Perubatan meliputi fungsi-fungsi yang diwakili oleh Cawangan
               yang tersebut:

                 i.  Cawangan Mediko Legal
                 ii.  Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta
                 iii.  Cawangan Penggubalan Akta
                 iv.  Majlis Optik Malaysia
                 v.  Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia

               CAWANGAN MEDICO LEGAL


               Cawangan Medico Legal bertanggungjawab dalam pengurusan kes medico legal yang
               melibatkan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan Kementerian Kesihatan
               Malaysia (KKM). Ini termasuk pengurusan aduan berpotensi medico legal, membantu
               Jabatan  Peguam Negara (JPN) dalam  kes saman  kecuaian  perubatan, mengurus
               pembayaran  ex  gratia,  menganjurkan  program  berkaitan  isu-isu  medico  legal  dan
               menjalankan aktiviti pemantauan.

                                                    Rajah 5.4
                               Statistik Medico Legal dari Tahun 2015 Hingga 2019
























               Sumber: Cawangan Medico Legal, KKM





                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  139
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154