Page 148 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 148

Jadual 5.6
              Senarai Laporan TR Yang Dihasilkan Pada Tahun 2019 Berdasarkan Rekomendasi


                                                                            Untuk Tujuan
                                  Disyorkan
                                                                          Penyelidikan
                1)  Palliative care services                          Dry needling versus
                2)  Indwelling Pleural Catheter                       acupuncture for the
                3)  Non-invasive Liver Fibrosis test                  management of
                4)  Intradermal (ID) Injection of Rabies   vaccine:   musculoskeletal pain
                   Post-exposure (PrEP) Prophylaxis and
                   economic evaluation                                  Tidak Disyorkan
                5)  Sodium–Glucose Cotransporter 2 (SGLT2)
                   Inhibitors versus Gliclazide in the treatment of   Detection of
                   Type 2 Diabetes Mellitus                           Asymptomatic Dengue
                6)  Primary care virtual consultation between         Infection
                   doctor and patient using mobile phone
                   applications/web platforms
                7)  Laser assisted hatching
                8)  Nanovalent HPV Vaccine (GARDASIL 9) (hanya
                   boleh dipertimbangkan apabila terdapat bukti
                   mengenai kos efektif bersama impak terhadap
                   bajet)
                9)  Wet Cupping

            Sumber: Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM

            Melangkah ke hadapan MaHTAS akan terus fokus pada pembangunan momentum
            sebagai pemacu utama  dalam membantu membuat  keputusan  berdasarkan fakta
            bukan sahaja untuk sektor kerajaan tetapi juga untuk sektor swasta bagi memastikan
            teknologi yang selamat, berkesan dan kos efektif digunakan di Malaysia.


            UNIT TEKNIKAL BANTUAN PERUBATAN

            Unit  Teknikal  Bantuan  Perubatan  mengendalikan  dua  (2)  tugas  utama  di  bawah
            dua  (2)  unit  yang berbeza, iaitu  Unit  Tabung  Bantuan  Perubatan  dan  Unit  Sara
            Ubat.  Unit  Tabung  Bantuan  Perubatan  menilai  keperluan  dan  kewajaran  rawatan
            untuk  membantu  membiayai  kos  rawatan  perubatan  kepada  golongan  yang  tidak
            berkemampuan melalui surat ikatan amanah bagi kumpulan wang amanah di bawah
            seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 yang ditandatangani pada 15 September
            2005.  Manakala  Unit  Sara  Ubat  mempertimbangkan  permohonan  rawatan  untuk
            perbelanjaan kemudahan perubatan di bawah Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan
            juga Pekeliling Perkhidmatan Bil 21 Tahun 2009.








        LAPORAN TAHUNAN
    138  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153