Page 150 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 150

PENGURUSAN ADUAN MEDICO LEGAL
            Pada tahun 2019, sebanyak 255 aduan medico legal direkodkan. Aduan ini akan disiasat
            oleh kemudahan jagaan kesihatan terlibat dan laporan siasatan akan diserahkan kepada
            Cawangan Medico Legal untuk tindakan selanjutnya. Jawatankuasa Penyiasatan Bebas
            akan ditubuhkan sekiranya aduan tidak dapat diselesaikan di peringkat kemudahan
            jagaan kesihatan atau terdapat tuntutan pampasan. Jawatankuasa ini terdiri daripada
            Pakar Perunding dan Pakar dari disiplin yang berkaitan, wakil dari Jabatan Kesihatan
            Negeri, wakil dari Bahagian Amalan Perubatan serta wakil komuniti. Sekiranya terdapat
            tuntutan  pampasan,  kes  akan  dibincangkan  di  Mesyuarat  Ex  Gratia  di  peringkat
            KKM.  Keputusan  untuk  pertimbangan  pampasan  adalah  berdasarkan  penemuan
            Jawatankuasa Penyiasatan Bebas. Pada tahun 2019, sebanyak 166 kes dibentangkan
            dengan 109 kes (66 peratus) telah dipertimbangkan pembayaran ex gratia.

            SAMAN MEDICO LEGAL

            Cawangan Medico Legal berperanan memberi input teknikal dan khidmat nasihat
            kepada Jabatan Peguam Negara dalam pengurusan kes saman medico legal dengan
            menyelaras penyediaan  dokumen, mengenal  pasti saksi  kes serta pelantikan saksi
            pakar. Pada tahun 2019, terdapat 72 kes saman medico legal difailkan terhadap KKM.

            PEMBAYARAN GANTI RUGI

            Jadual 5.7 menunjukkan jumlah pembayaran ganti rugi bagi ex gratia dan kes litigasi
            antara tahun  2015  hingga 2019.  Pada tahun  2019,  jumlah  pembayaran adalah
            sebanyak RM22,921,164.20.

                                                   Jadual 5.7
                 Jumlah Pembayaran Ganti Rugi Kes Medico Legal Dari Tahun 2014 Hingga 2019

                            Ex Gratia                 Saman                 Jumlah (RM)
              Tahun     Ganti Rugi     Bil.     Ganti Rugi      Bil.     Ganti Rugi      Bil.
                          (RM)         Kes         (RM)         Kes        (RM)          Kes

              2015     4,430,400.00     63    20,099,197.37     30     24,529,597.37     93
              2016     7,663,684.63     65      5,986,092.39    13     13,649,777.02     78

              2017     2,540,876.90     59    13,404,713.88     26     15,945,590.78     85
              2018     5,050,145.58     83    13,322,967.61     11     18,373,113.19     94

              2019     4,471,603.29     70    18,449,560.91     36     22,921,164.20     106
            Sumber: Cawangan Medico Legal, KKM












        LAPORAN TAHUNAN
    140  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155