Page 177 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 177

BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

               Bahagian  Sains  Kesihatan  Bersekutu  (BSKB)  bertanggungjawab  ke  atas  dasar
               perancangan pembangunan  perkhidmatan Sains  Kesihatan Bersekutu (SKB) selari
               dengan  aspirasi  Kementerian Kesihatan  Malaysia  (KKM). BSKB bertekad  untuk
               memberi  fokus  terhadap pembangunan  dan  perkembangan profesion, menyedia
               piawaian  dan  peraturan  yang  dapat  memastikan  perkhidmatan  kesihatan  yang
               diberikan oleh Profesion Kesihatan Bersekutu (PKB) adalah berkualiti serta efektif dan
               mengoptimumkan penggunaan teknologi dan sumber.

               AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


               PETUNJUK PRESTASI  UTAMA (KPI)  TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN
               (PERUBATAN), 2019 UNTUK PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU


               Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) telah memutuskan bahawa tajuk bagi
               Petunjuk Prestasi Utama (KPI) TKPK (Perubatan) KKM bagi bidang Kesihatan Bersekutu
               bagi tahun 2019 adalah Peratusan Perkhidmatan Terapi Mencapai Matlamat Intervensi
               Oleh Profesional Sains Kesihatan Bersekutu (SKB). Sasaran yang ditetapkan adalah ≥
               80 peratus. Secara keseluruhannya, pencapaian KPI ini telah melebihi sasaran iaitu
               91.13 peratus. Pencapaian sebenar tujuh (7) profesion yang telah terpilih untuk KPI
               ini adalah sebagaimana tertera di Jadual 5.21.


                                                   Jadual 5.21
                   Pencapaian KPI Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM Bagi
                           Perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu Pada Tahun 2019



                      PERKHIDMATAN           NUMERATOR      DENUMERATOR         PENCAPAIAN
                                                                            (Sasaran ≥ 80 peratus)

                Dietetik                           25,432           26,668                  95.37
                Optometri                             117              118                  99.15

                Pemulihan Fisioterapi              25,639           28,223                  90.84
                Pemulihan Carakerja                 2,028            2,071                  97.92
                Pemulihan Pertuturan-               1,032            1,087                    95
                Bahasa
                Pemulihan Pendengaran               1,109            1,120                    98


                X-Ray (Terapi)                      1,778            2,128                  83.55
                JUMLAH KESELURUHAN                 60,138           64,575                 91.13

               Sumber: Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM







                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  167
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182