Page 178 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 178

INDIKATOR UNIVERSAL HEALTH COVERAGE (UHC)
            BSKB  bertanggungjawab  bagi  pengumpulan  data  asas  untuk  indikator  Universal
            Health Coverage (UHC) di bawah tajuk “Proportion of the population utilizing the
            rehabilitation  services  they  require.”  Maklumat asas yang diperlukan  untuk UHC
            ini telah dapat dikumpulkan melalui satu program bancian melalui National Health
            Morbidity Survey (NHMS) 2019. Laporan penuh hasil kajian ini akan disiapkan pada
            tahun 2020. Maklumat bagi indikator ini amat penting kerana ianya akan dilaporkan
            kepada World Health Organization (WHO) secara berkala.

            WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) BUDGET PROGRAMME 2018 – 2019: THE
            ESTABLISHMENT OF WORKFORCE PROFILE FOR AHPS IN MALAYSIA

            Satu bengkel konsultasi bersama konsultan WHO telah dianjurkan pada 21 hingga 25
            Januari 2019 di Palm Garden Hotel, IOI Resort City Putrajaya. Bengkel selama lima
            (5) hari itu difasilitasikan oleh Prof Arie Rotem dan Dr Graham Robert dari Australia.
            Pelbagai  wakil  dan  stakeholders  daripada  dalam  dan  luar  Kementerian Kesihatan
            Malaysia telah dijemput bagi memberikan input dan pandangan masing-masing yang
            membantu kepada pengisian dan perincian kajian. Hasil dan keputusan bengkel amat
            memberansangkan. Pelbagai rancangan dan strategi yang dipersetujui bersama telah
            dibincangkan untuk mencapai matlamat projek menjelang akhir tahun 2019.
            Sebanyak sepuluh (10) tajuk telah dibentang oleh penceramah jemputan daripada
            sektor awam dan swasta yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing. Bengkel
            ini telah dirasmikan oleh Dr Lo Ying - Ru, Head of Mission and WHO Representatives
            to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore and WHO. Objektif bengkel konsultasi
            tersebut adalah untuk membangunkan profil pangkalan data dinamik untuk tenaga
            kerja  PKB;  merangka kaedah/ model/  templat tenaga kerja  berasaskan keperluan
            untuk PKB di masa hadapan; dan untuk menentukan norma nisbah sumber manusia
            untuk setiap kategori PKB di Malaysia.

            SEKRETARIAT MAJLIS PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU MALAYSIA

            Peraturan Profesion Kesihatan Bersekutu 2019
            Pada bulan  Mac 2019,  draf Peraturan Profesion  Kesihatan Bersekutu telah
            dikemukakan kepada YB Menteri Kesihatan (Imej 5.4) dan Ketua Pengarah Kesihatan
            setelah disemak oleh Penasihat Undang-Undang KKM. Draf Peraturan Versi 1 telah
            dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada kali pertama pada 17 September
            2019  untuk semakan dan  seterusnya Draf akhir Peraturan Profesion  Kesihatan
            Bersekutu  yang telah  dikemaskini  telah  dikemukakan  pada  2 Disember 2019  dan
            dijangkakan Peraturan Profesion Kesihatan Bersekutu ini akan diluluskan oleh pihak
            AGC pada awal tahun 2020.















        LAPORAN TAHUNAN
    168  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183