Page 179 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 179

Imej 5.4
                   Pembentangan Draf Peraturan Profesion Kesihatan Bersekutu 2019 kepada
                                         YB Menteri Kesihatan Malaysia






















                                           Sumber: Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM
               Garis Panduan dan Arahan
               Bagi  memastikan  Akta  Profesion  Kesihatan  Bersekutu  2016  dapat  dilaksanakan
               dengan  efektif  beberapa  garis  paduan  telah  dibangunkan.  Antara  Garis  Panduan
               yang telah dibangunkan adalah Garis Panduan Pendaftaran; Garis Panduan Perakuan
               Amalan; Garis Panduan  Pembaharuan  Perakuan  Amalan; Garis Panduan  Perakuan
               Amalan Sementara; Garis Panduan Akreditasi Program Sains Kesihatan; Garis Panduan
               Continuing  Professional  Development (CPD) Profesional  Kesihatan Bersekutu; dan
               Garis Panduan Permohonan Pembekal CPD.

               Pro Tem Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia
               Selaras dengan saranan Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) semasa sesi pembentangan
               draf peraturan, Pro  Tem Majlis  Profesion  Kesihatan  Bersekutu  telah  ditubuhkan
               pada 12  April 2019.  Tujuan  Pro Tem  Majlis  adalah  membantu dalam persediaan
               penguatkuasaan  akta. Hasil  dari penubuhan  Pro Tem  Majlis  tersebut, beberapa
               jawatankuasa telah diwujudkan iaitu Jawatankuasa Skop Amalan Kesihatan Bersekutu;
               Jawatankuasa Pendaftaran; Jawatankuasa Disiplinari & Etika; Jawatankuasa Standard
               Pengajian dan Jawatankuasa Pengiktirafan Kepakaran.


               REGULATORI
               Pada  tahun  2019,  BSKB  telah  menjalankan  beberapa  aktiviti  bagi  menyokong
               pelaksanaan  penguatkuasaan  Akta  774.  Di  antara  aktiviti  yang  telah  dilaksanakan
               adalah:

               i.  Penyediaan Kompilasi 1 & 2 bagi Penyediaan Laporan Hasrat Pindaan Akta 290:
                   Akta Ubat 1956. Matlamat Penyediaan  Kompilasi  ini  adalah  untuk mengatasi
                   masalah  mengenai  iklan  dan  menambah  baik  kawalan  iklan  agar  kelancaran
                   pindaan Akta 290 dapat dilaksanakan.






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  169
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184