Page 180 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 180

ii.  Mengadakan Latih Amal Risikan pada 22 hingga 25 April 2019. Para peserta diberi
                tugasan  untuk  mendapatkan  sebanyak  mungkin  maklumat  mengenai  aktiviti
                PKB dengan melakukan risikan di premis-premis seperti pusat Fisioterapi, premis
                optometri dan farmasi yang terdapat di sekitar bandar Melaka.
            iii.  Pembentukan sebanyak  empat (4) garis panduan dan  standards  operating
                procedures (SOP)  penguatkuasaan  yang telah dibangunkan sebagai panduan
                dalam melaksanakan proses kerja iaitu SOP Kompaun, SOP Pendakwaan, Garis
                Panduan Kompaun dan Tatacara Penstoran Eksibit.

            iv.  Pembangunan dua (2) modul latihan penguatkuasaan dengan kerjasama Institut
                Latihan  Kehakiman  dan  Perundangan  (ILKAP),  Bangi,  iaitu  Penyediaan  Kertas
                Siasatan; dan Pra Perbicaraan dan Teknik Pendakwaan.


            LALUAN KERJAYA PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT - SME)
            Seramai  20  orang  pegawai  telah  diperakukan  oleh  Jawatankuasa  Naik  Pangkat
            Pengurusan dan  Profesional  Kementerian Kesihatan Malaysia (JNPKKM)  dan
            Jawatankuasa Search Committee (JKKSC) di Kementerian Kesihatan Malaysia (Jadual
            5.22).  Majlis  Penyampaian  Surat  Pengiktirafan  dan  Pemangkuan  Pegawai  Pelbagai
            Skim Perkhidmatan Laluan Kerjaya Pakar  Bidang  Khusus  (Subject  Matter  Expert –
            SME) di Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
            (KPPA) telah diadakan pada 18 Mac 2019.













































        LAPORAN TAHUNAN
    170  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185