Page 196 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 196

PENGENALAN


            Program Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST) adalah diketuai oleh Timbalan
            Ketua  Pengarah  Kesihatan  (TKPK  (P&ST)).  Program  ini  menjalankan  aktiviti-aktiviti
            yang bertujuan  untuk menyediakan  perkhidmatan  teknikal  dan  sokongan  kepada
            Program-program lain  di  dalam  Kementerian Kesihatan  Malaysia  (KKM). Program
            ini  terdiri  daripada  Bahagian-bahagian  berikut:  Perancangan,  Perkhidmatan
            Kejuruteraan, Kawalselia Radiasi Perubatan dan enam (6) buah institut penyelidikan
            di bawah Institut Kesihatan Negara (NIH).

            BAHAGIAN PERANCANGAN


            Bahagian  Perancangan  memberi  tumpuan  kepada  aktiviti-aktiviti  penting  seperti
            formulasi Pelan Transformasi Sektor Kesihatan, memperbaiki kualiti data Kesihatan,
            menubuhkan  Standard  Informatik  Kesihatan  untuk  Malaysia,  serta  membuat
            perancangan,  pembangunan  dan  penilaian  program  dan  projek  seperti  yang
            dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Bahagian  Perancangan
            terdiri daripada enam (6) seksyen iaitu:
                i.  Perancangan Dasar dan Pelan Kesihatan (PDPK)
                ii.  National Health Financing (NHF)
                iii.  Malaysia National Health Accounts (MNHA)
                iv.  Pusat Informatik Kesihatan (PIK)
                v.  Perancangan Fasiliti Kesihatan (PFK)
                vi.  Perancangan Strategik eHealth


            SEKSYEN PERANCANGAN DASAR DAN PELAN KESIHATAN (PDPK)

            PEMBANGUNAN DASAR KESIHATAN NEGARA (DKN)


            Cadangan draf asal DKN telah disediakan oleh  urusetia KKM yang merangkumi  1.
            Healthy  Population;  2.  Sustainable  Health System;  dan 3.  Vibrant  Health  Industry
            and  Economy. Walau  bagaimanapun,  satu sesi mesyuarat telah  diadakan pada  5
            Mac 2019 dan YBMK telah memberi arahan kepada rangka kerja Dasar Kesihatan
            agar tumpuan diberikan  kepada Kemampanan Penjagaan Kesihatan.  Seterusnya
            satu sesi perbincangan telah diadakan pada 15 Mac 2019 dimana YBMK bersetuju
            secara konsep dengan skop yang telah dibentangkan. Susulan daripada perbincangan
            tersebut  YBMK memutuskan  untuk menyediakan  sendiri  dokumen DKN  mengikut
            aspirasi beliau (Imej 6.1) berdasarkan skop yang telah dipersetujui.

            Pada 1 Ogos 2019, YBMK telah menyampaikan idea-idea berkenaan National Health
            Reform (dihasilkan oleh Majlis Penasihat Kesihatan (Health Advisory Council (HAC)).
            KKM masih dalam peringkat penyediaan Dasar Kesihatan Negara. Justeru itu, usaha
            yang telah dilakukan berkenaan pembangunan dasar tersebut akan diteruskan.



        LAPORAN TAHUNAN
    186  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201