Page 201 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 201

Jawatankuasa Teknikal SDG UHC telah ditubuhkan pada tahun 2018 bagi memantau
               pencapaian  sektor  kesihatan  dalam  mencapai  Agenda  2030.  Jawatankuasa  yang
               dianggotai  oleh  wakil  Bahagian  KKM  ini  memainkan  peranan  dalam  melaporkan
               pencapaian  indikator  kepada  pihak  Urusetia  bagi  dimajukan  kepada  WHO  dan
               DOSM. Sebagai Urusetia, Bahagian Perancangan berhasrat menerbitkan satu Laporan
               Kemajuan Sustainable Development Goals (SDG) Dan Universal Health Coverage (UHC)
               bagi tahun 2019 yang akan menjadi platform pelaporan dan pemantauan kemajuan
               Malaysia ke arah mencapai target Agenda 2030. Bagi tahun 2019, aktiviti-aktiviti yang
               telah dijalankan adalah seperti di Jadual 6.2.


                                                   Jadual 6.2
                                       Aktiviti-aktiviti SDG dan UHC 2019


                Aktiviti                          Masa     Tujuan
                Penyerahan data di dalam         Januari  Untuk melihat sejauh mana
                sistem DHIS2                      2019     pencapaian Malaysia di dalam
                (dibangunkan oleh Pertubuhan               mencapai sasaran SDG UHC
                Kesihatan Sedunia (WHO))

                Mesyuarat di Manila, Filipina    Januari  Pengenalan kepada dokumen
                                                  2019     S.C.O.R.E kepada semua negara ahli
                Mesyuarat Jawatankuasa           Februari      •  Laporan aktiviti yang telah
                Teknikal SDG Bil.1                2019            dijalankan pada tahun 2018
                                                               •  Laporan mengenai data yang
                                                                  telah dihantar ke sistem DHIS2
                                                               •  Laporan mengenai data yang
                                                                  telah dihantar ke DOSM
                                                               •  Perancangan aktiviti bagi
                                                                  tahun 2019

                Mesyuarat bersama MEA              Mac     Bagi menyelaraskan indikator di
                (Kementerian Hal Ehwal            2019     luar tindakan KKM (Kementerian
                Ekonomi)                                   Kesihatan Malaysia)


                Mesyuarat Jawatankuasa             Mei         •  Laporan hasil mesyuarat
                Teknikal SDG Bil.2                2019            bersama MEA mengenai
                                                                  indikator di luar tindakan KKM
                                                               •  Perbincangan aktiviti
                                                                  penerbitan Laporan SDG UHC
                                                               •  Pengumpulan sasaran bagi
                                                                  semua indikator daripada
                                                                  bahagian terlibat





                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  191
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206