Page 191 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 191

Imej 5.9
                 Ahli Mesyuarat Teknikal Dua Hala Kali Ke-6 Kerjasama Dalam Sistem Perubatan
                                Tradisional di antara Kerajaan Malaysia dan India



























                                   Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM

               MESYUARAT TEKNIKAL  DUA HALA  KALI  KE-3 KERJASAMA DALAM  PERUBATAN
               TRADISIONAL DI ANTARA KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CINA DAN MALAYSIA

               Mesyuarat  teknikal Dua Hala Kali  Ke-3  Kerjasama  dalam Perubatan Tradisional  di
               antara Kerajaan Republik Rakyat Cina dan Malaysia serta lawatan kerja yang berkaitan
               telah diadakan pada 20 hingga 24 Oktober 2019 di Beijing dan Shanghai, China.


               Mesyuarat tersebut  telah  dipengerusi  oleh  Professor Yu  Wen Ming, Komisioner
               NATCM, China bersama dengan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
               Malaysia. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YM Raja Dato’ Nushirwan Bin Zainal Abidin,
               Duta Besar Malaysia ke China, wakil daripada NATCM dan Kementerian Kesihatan
               Malaysia (KKM).

               Mesyuarat ini telah meneliti status inisiatif yang dipersetujui dalam Memorandum
               Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua  negara. Hasil  utama  perbincangan
               mesyuarat adalah seperti berikut:

                  (i)   Inisiatif  lanjut  dalam  bidang  perubatan  tradisional  untuk  menangani  isu-
                        isu  yang berkaitan dengan pentadbiran kesihatan, pencegahan  penyakit
                        tidak  berjangkit  serta  mengenal  pasti  kedudukan  Perubatan  Tradisional
                        dan Komplementari (PT&K) dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan
                        berdasarkan bukti saintifik yang kukuh.

                  (ii)   Peluang  kerjasama  khususnya  penyelidikan  dan  latihan  dalam  bidang
                        perubatan  tradisional  Cina  (PTC)  dengan  NATCM,  hospital  dan  universiti
                        tempatan di China.




                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  181
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196