Page 192 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 192

Delegasi  Malaysia  juga  berpeluang  untuk  melawat  ke  Hospital  Guang  An  Meng,
            Beijing,  Hospital  Shuguang  Shanghai  dan  Universiti  Perubatan  Tradisional  Cina
            Shanghai (SHUTCM) untuk memahami perkembangan PTC di China, khususnya sistem
            integrasi PTC dengan perubatan moden, acupuncture assisted-anesthesia dan sistem
            pendidikan PTC di China.

            Mesyuarat teknikal  dua hala  ini  telah  mengukuhkan  kerjasama dari  segi
            pengawalseliaan, amalan, pendidikan dan latihan, penyelidikan serta pembangunan
            bidang PT&K.

                                                 Imej 5.10
             Mesyuarat Teknikal Dua Hala Kali Ke-3 Kerjasama dalam Perubatan Tradisional di
                            antara Kerajaan Republik Rakyat Cina dan Malaysia
























                                Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM

            KAJIAN EFFICACY, SAFETY & PRACTICALITY OF VARMAM THERAPY FOR CHRONIC
            PAIN PERCEPTIONS

            Dr. Akmal Hafizah Zamli, Ketua Jabatan Rehabilitasi, Hospital Sungai Buloh sebagai
            ketua  penyelidik,  bersama dengan  ahli  kumpulan  penyelidik  beliau,  Dr Nor Azira
            Ismail, Dr Syed Azmi Syed Ahmad Shah, Dr Wan Najwa Wan Zohdi serta Dr Senthilvel
            Govindaraju, Pengamal Siddha Republik India yang dideputasi ke Malaysia melalui
            program Indian Technical and Economic Cooperation (ITEC), telah menjalankan satu
            kajian untuk menilai keberkesanan terapi Varman dalam persepsi sakit kronik.

            Kajian cross-sectional ini yang melibatkan 104 orang pesakit menerima terapi Varmam
            di Hospital Sungai Buloh dalam tempoh 4 Julai 2017 hingga 30 April 2019 yang disahkan
            menghadapi masalah knee osteoarthritis, frozen shoulder, lumbar spondylosis atau
            cervical spondylosis oleh pakar bedah orthopedik dengan baseline purata skor VAS
            pada 6.0 + 1.9. Adalah didapati bahawa terapi Varmam sebagai rawatan tambahan
            ke  atas  intervensi  multidisiplin  yang  standard  dan  ubat  penahan  sakit  oral  dapat
            mengurangkan persepsi sakit kronik secara signifikan ke 4.3 +1.8 pada minggu ke-6;
            3.7 + 2.2 pada bulan ke-3 dan 3.7 + 2.4 pada bulan ke-6 (p<0.001).




        LAPORAN TAHUNAN
    182  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197