Page 202 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 202

Aktiviti                          Masa     Tujuan
             Seminar SDG oleh DOSM              Jun     Kemas kini data kepada DOSM bagi
             (Jabatan Perangkaan Malaysia)     2019     SDG UHC
             Sign-off dokumen S.C.O.R.E       Oktober  Penghantaran data kepada WHO
                                               2019     untuk dokumen S.C.O.R.E

             Mesyuarat Jawatankuasa           Oktober  Kemas kini aktiviti di peringkat
             Pemandu SDG                       2019     nasional dan hala tuju SDG seterusnya

            Sumber: Seksyen Perancangan Dasar Dan Pelan Kesihatan (PDPK), Bahagian Perancangan, KKM

            LAPORAN HUMAN RESOURCES FOR HEALTH (HRH) COUNTRY PROFILES

            Bahagian  Perancangan telah menerbitkan dua (2) laporan  Human  Resources  for
            Health Country Profiles Tahun 2013 dan Tahun 2015 dengan kerjasama Pertubuhan
            Kesihatan Sedunia (WHO). Satu mesyuarat telah diadakan pada Ogos 2019 yang lalu
            melibatkan pelbagai pemegang taruh terdiri dari wakil Bahagian-Bahagian di KKM
            dan agensi luar bagi membincangkan penyediaan laporan Human Resource For Health
            Country Profile 2015 to 2018 selari dengan Global Strategy On Human Resources For
            Health: Workforce 2030 yang diterbitkan pada tahun 2016.  Laporan ini dijangka akan
            diterbitkan pada tahun 2020.


            Berkaitan  dengan  ini  juga,  wakil  Bahagian  Perancangan  telah  menghadiri  satu
            mesyuarat “Improving Health Workforce Management for Universal Health Coverage”
            oleh WHO pada Jun 2019.


            SEKSYEN NATIONAL HEALTH FINANCING (NHF)


            National Health Financing (NHF) merupakan seksyen di bawah Bahagian Perancangan
            yang memainkan fungsi  mengkaji, merancang, membangunkan  dan  memantau
            transformasi  sistem kesihatan  Malaysia  khususnya aspek pembiayaan  sistem
            kesihatan. Pada tahun 2019, pelbagai aktiviti dijalankan oleh NHF seperti pemantauan
            pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) yang dikendalikan ProtectHealth
            Corporation  Sdn.  Bhd.  (PHCorp)  melalui  Jawatankuasa  Governans,  Pemantauan  &
            Penilaian (GMEC), kolaborasi bersama Joint Learning Network (JLN) dan berperanan
            sebagai sekretariat bagi Majlis  Tindakan Sara Hidup  Negara Peringkat Kluster
            Kesihatan.


            SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40 (PeKa B40)


            PeKa B40 telah dilancarkan dengan jayanya pada 15 April 2019. Sehingga 31 Disember
            2019,  seramai  223,522  orang penerima manfaat telah  berjaya menjalani  saringan
            kesihatan sama ada di 1,633 klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 atau 895
            klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.



        LAPORAN TAHUNAN
    192  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207