Page 205 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 205

SEKSYEN MALAYSIA NATIONAL HEALTH ACCOUNTS (MNHA)

               Akaun  Kesihatan  Negara  (NHA)  menyediakan  maklumat  penting  perbelanjaan
               sistem kesihatan negara untuk kegunaan penggubal dasar kesihatan negara dalam
               pengagihan peruntukkan sumber secara efisien. Untuk mencapai tujuan ini, Seksyen
               Malaysia  National  Health  Accounts  (MNHA)  telah  diwujudkan.  Sejak  penubuhan
               seksyen ini telah banyak menganalisa dan menyediakan data perbelanjaan kesihatan
               peringkat makro  berdasarkan  aliran  perbelanjaan  dana  kesihatan  dan  seterusnya,
               menjana antara maklumat lain seperti peratus perbelanjaan kesihatan dalam ekonomi
               negara, beban perbelanjaan kesihatan sebagai out-of pocket (OOP) dan perbelanjaan
               kesihatan bagi perkhidmatan  primary  health  care. Data-data ini  dihasilkan bukan
               sahaja untuk membantu penggubal dasar, tetapi juga untuk kegunaan para penyelidik
               dan pihak berkepentingan yang lain.


               Rangka Kerja MNHA adalah berdasarkan klasifikasi antarabangsa System of Health
               Accounts  (SHA 1.0) yang  diadaptasi dengan beberapa pengubahsuaian  untuk
               memenuhi  keperluan  dasar  dan  sistem  kesihatan  negara.  Selari  dengan  klasifikasi
               SHA 1.0, MNHA telah mengklasifikasikan perbelanjaan kesihatan ke dalam tiga (3)
               dimensi  utama:  Sumber  kewangan  (Source), Penyedia  perkhidmatan  & produk
               kesihatan  (Provider)  dan  fungsi  perkhidmatan  &  produk  kesihatan  (Function).
               Sumber kewangan adalah entiti secara langsung yang mengeluarkan dan mengatur
               perbelanjaan kesihatan. Penyedia perkhidmatan & produk kesihatan adalah semua
               entiti yang menghasilkan atau menyediakan barangan dan perkhidmatan penjagaan
               kesihatan.  Fungsi  perkhidmatan & produk kesihatan menunjukkan perbelanjaan
               untuk  beberapa  perkhidmatan  kesihatan  utama  seperti  rawatan  kuratif  termasuk
               perbelanjaan untuk perkhidmatan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

               MNHA - PERBELANJAAN KESIHATAN  1997 HINGGA 2018


               Pada tahun  2019,  MNHA  telah menjana data siri masa Perbelanjaan  Kesihatan
               Malaysia untuk tahun  1997 hingga 2018  (data 22 tahun).  Jumlah  perbelanjaan
               kesihatan  Malaysia  (TEH)  pada  tahun  1997 adalah sebanyak RM8,556  juta dan
               sebanyak RM60,147 juta adalah pada tahun 2018 (Rajah 6.1). Perbelanjaan kesihatan
               Malaysia sebagai peratusan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun
               2018 adalah 4.2 peratus. Pelbagai sumber kewangan untuk perkhidmatan kesihatan
               dikenal pasti dan dikategorikan sebagai sumber kewangan dari sektor awam atau dari
               sektor swasta. Sepanjang siri masa tahun 1997 hingga 2018, perbelanjaan di kedua
               sektor awam dan swasta menunjukkan trend menaik di mana perbelanjaan kesihatan
               oleh sektor awam tetap lebih tinggi daripada swasta (Rajah 6.2).


               Analisa mengenai perbelanjaan kesihatan dari segi penyedia perkhidmatan & produk
               kesihatan  bagi  tahun  2018,  menunjukkan  bahawa  perbelanjaan  di  Hospitals  and
               Ambulatory  health  care  providers hampir  76 peratus  daripada  TEH.  Pada  tahun




                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  195
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210