Page 206 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 206

yang sama,  perbelanjaan  berdasarkan Fungsi  perkhidmatan & produk kesihatan
            menunjukkan  bahawa  perbelanjaan  untuk  perkhidmatan  rawatan  kuratif  adalah
            sebanyak RM41, 100 juta (68 peratus) TEH. Perkhidmatan rawatan kuratif merangkumi
            perkhidmatan  pesakit  dalam,  pesakit  luar  dan  penjagaan  harian.  Ini  diikuti  oleh
            perbelanjaan  untuk membeli barangan  perubatan  (9 peratus)  yang dibekalkan
            terutamanya oleh penjual atau pembekal ubatan dan barangan perubatan yang lain.

            Penerbitan  tahunan  laporan  teknikal  NHA  menyediakan  maklumat  penting  dalam
            usaha  untuk membantu meningkatan pemahaman trend perbelanjaan  kesihatan
            Negara.  Laporan  ini  dapat memberi  gambaran  yang lebih  jelas  mengenai  sumber
            dana perbelanjaan kesihatan, distribusi dan jenis-jenis perkhidmatan kesihatan yang
            wujud dalam sistem kesihatan Negara.

            Seperti yang dinyatakan dalam laporan KKM yang terdahulu, MNHA turut mengambil
            langkah ke arah pengunaan System Health Accounts 2011 (SHA 2011) yang baharu.
            Selaras dengan ini, data siri masa Perbelanjaan Kesihatan Malaysia untuk tahun 1997
            hingga 2018 berdasarkan kerangka kerja SHA 2011 juga telah dianalisa dan di jana
            pada tahun 2019.



                                                 Rajah 6.1
                         Jumlah Perbelanjaan Kesihatan Negara 1997 hingga 2018




























            Sumber: Seksyen MNHA, Bahagian Perancangan, KKM












        LAPORAN TAHUNAN
    196  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211