Page 240 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 240

Di  samping  itu,  sebanyak  20  lawatan  audit  telah  dilakukan  ke  atas  Syarikat
            Juruperunding Fizik Perubatan yang melakukan ujian kawalan kualiti di premis-premis
            swasta dan di mana kesemua pengujian yang dilakukan mematuhi prosedur pengujian
            yang telah diluluskan.


            Pada tahun 2019 sebanyak dua (2) tindakan serbuan telah dilakukan masing-masing
            ke atas Klinik Pengamal Perubatan Am dan Klinik Pergigian Swasta kerana memiliki
            radas penyinaran tanpa mempunyai lesen yang sah. Satu (1) kertas siasatan telah
            dibuka dan satu (1) kes telah ditutup. Pada tahun 2019 juga, sebanyak dua (2) Klinik
            Pergigian Swasta telah diambil tindakan mahkamah atas kesalahan di bawah Akta 304
            dan dikenakan hukuman.

            PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN


            Pada tahun 2019, sebanyak 1,081 khidmat nasihat teknikal yang berkaitan dengan
            Sinaran Mengion (IR) dan Sinaran Tidak Mengion (NIR) telah diberikan kepada hospital
            dan klinik di bawah KKM. Maklumat terperinci adalah seperti yang disenaraikan dalam
            Jadual 6.19


                                                Jadual 6.19
                Khidmat Nasihat Teknikal Berkaitan Sinaran Mengion (IR) dan Sinaran Tidak
                                              Mengion (NIR)


                                        Jenis Aktiviti                              Jumlah
             Penyediaan dan penilaian spesifikasi                                     151

             Khidmat Nasihat dan Pengujian & Pentauliahan (T&C)                       266
             Khidmat nasihat teknikal berkaitan sinaran tak mengion (NIR)              10

             Verifikasi laporan QC radas penyinaran                                   219
             Verifikasi laporan QC yang disediakan oleh Juruperunding Kelas H          34

             Lawatan pemeriksaan ke atas fasiliti kerajaan bagi mengesahkan sijil     400
             QC radas penyinaran
             Kawalan sekuriti penggunaan bahan radioaktif dibawah kategori 1            1

                                           Jumlah                                   1,081
            Sumber: Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM













        LAPORAN TAHUNAN
    230  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245