Page 237 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 237

Sebagai Perkhidmatan Kejuruteraan dan Teknikal kepada Program Perubatan dan
               Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian  Perkhidmatan Kejuruteraan
               akan  terus merancang, melaksanakan, memantau  dan  menyelaras program
               pencegahan Kesihatan menerusi prinsip dan kaedah kejuruteraan Kesihatan awam.
               Bahagian  ini  komited  untuk  memberikan  sokongan  kejuruteraan  bagi  memastikan
               fungsi yang berkesan dan tepat bagi bangunan, peralatan dan sistem kejuruteraan,
               memastikan kebolehpercayaan dan kecekapan pemasangan sistem kejuruteraan dan
               juga memastikan semua kemudahan penjagaan Kesihatan diselenggara dengan baik.


               BAHAGIAN KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN (BKRP)


               Bahagian  Kawalselia  Radiasi  Perubatan  (BKRP)  dipertanggungjawabkan  untuk
               melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan
               (KPK)  bagi  mengawal  aktiviti  penggunaan  sinaran  mengion  dalam  perubatan  di
               bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304). Peranan utama BKRP melibatkan
               pelbagai aktiviti kawal selia termasuk pelesenan, pemantauan, penguatkuasaan dan
               pembangunan kod dan standard. BKRP turut melaksanakan kerja-kerja sekreteriat
               bagi Jawatankuasa Penasihat Radiologi yang dipengerusikan oleh KPK. Di samping
               itu, BKRP  juga memainkan peranan  dalam  menyediakan khidmat nasihat teknikal
               dalam fizik perubatan terutama kepada hospital dan klinik di bawah KKM. Beberapa
               program  keselamatan  sinaran  di  bawah  pengendalian  BKRP  adalah  Program
               Perlindungan Sinaran (RPP), Program Jaminan Kualiti (QAP) dan Pengurusan Audit
               Kualiti Radiasi dalam perkhidmatan radiologi, radioterapi dan perubatan nuklear di
               peringkat kebangsaan. BKRP juga terlibat dalam menanggani isu-isu kesihatan awam
               akibat daripada penggunaan sinaran tak mengion dalam sistem telekomunikasi, kabel
               bervoltan tinggi dan perkakasan di rumah.


               PERLESENAN DI BAWAH AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM (AKTA 304)

               Sebanyak 1,658 lesen telah dikeluarkan kepada institusi perubatan swasta pada tahun
               2019. Ini termasuk 311 lesen baru dan 1,347 lesen membaharui. Secara keseluruhan,
               terdapat 4,594 institusi perubatan kerajaan dan swasta  yang terdiri daripada 1,030
               buah hospital/klinik kerajaan dan 3,564 buah institusi perubatan swasta seperti yang
               ditunjukkan dalam Rajah 6.5.


               Sementara itu, sebanyak 8,513 radas penyinaran berdaftar atau berlesen di kedua-dua
               sektor kerajaan dan swasta seperti mana dalam Rajah 6.6. Selain radas penyinaran,
               sebanyak 734 punca bahan radioaktif terdiri daripada 576 punca terkedap dan 158
               punca tak terkedap didaftarkan atau dilesenkan di institusi perubatan kerajaan dan
               swasta seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.17.









                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  227
   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242