Page 242 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 242

vi.   Mesyuarat diantara KKM, ORS dan pelbagai agensi/kementerian bagi cadangan
                    penggantian  Cesium-137  penyinaran  darah  kepada  teknologi  alternative,  9
                    hingga 10 Julai 2019
             vii.   International  Conference  on  Non-Ionizing  Radiation  (ICNIR)-penganjuran
                    bersama pihak Agensi Nuklear Malaysia, 1 hingga 3 Oktober 2019
             viii.   Lawatan  bersama  ORS  dan  KKM  bagi  menilai  tahap  kemudahan  sekuriti
                    fizikal kemudahan gamma-knife di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
                    4 Disember 2019


            HALA TUJU


            Keselamatan  sinaran  perubatan  menjadi  semakin  penting  kerana  ia  akan  menjadi
            salah  satu  faktor  penyumbang  untuk  meningkatkan  kualiti  penggunaan  radas
            penyinaran  dan  bahan  radioaktif.  BKRP  akan  menyediakan  kepakaran,  keupayaan
            teknikal dan teknologi maklumat berkaitan sinaran mengion dan sinaran tak mengion
            untuk perlindungan sinaran yang lebih baik kepada pesakit, pekerja dan orang awam.

            Penubuhan  BKRP  adalah  untuk  memperkukuh  dan  memperluaskan  aktiviti
            keselamatan sinaran perubatan sedia ada bagi mematuhi  semua standard dan
            keperluan peraturan semasa berkaitan dengan keselamatan, sekuriti dan kawal seliaan
            untuk keperluan perkhidmatan KKM. BKRP akan terus menyediakan kawalan yang
            berkesan dan cekap ke atas penggunaan sinaran mengion dalam bidang perubatan
            untuk  memastikan  keselamatan  dan  kesihatan  pesakit,  pekerja  dan  orang  awam
            terjamin melalui pendekatan transformasi, teknologi, inovasi dan kualiti.


            Di samping itu, aktiviti dan program yang sedia ada akan diperluaskan sejajar dengan
            perkembangan  teknologi  yang  melibatkan  penggunaan  modaliti  sinaran  untuk
            memenuhi keperluan perubatan yang kompleks di samping mematuhi standard dan
            peraturan semasa yang ditetapkan. Ini termasuk usaha-usaha untuk memperluaskan
            skop aktiviti berkaitan kawalan sekuriti bahan radioaktif dan sebaran maklumat kepada
            orang awam. Usaha-usaha ini adalah sejajar dengan visi dan misi yang ditetapkan
            oleh Kementerian Kesihatan.

            INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH)



            NIH  merupakan pusat penyelidikan kesihatan utama bagi Kementerian Kesihatan
            Malaysia (KKM) dengan misi menjalankan penyelidikan, latihan dan konsultansi yang
            berkesan dan berimpak tinggi bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat negara ini.


            Kami  berbangga  untuk  pertama  kalinya  dalam  sejarah,  kesemua  enam  institut
            digabungkan di bawah satu bumbung di kompleks NIH, Setia Alam dan beroperasi
            sepenuhnya dengan struktur organisasi yang baru. Proses migrasi kesemua institusi
            ke kompleks NIH telah bermula pada Disember 2018 dan tamat pada April 2019.



        LAPORAN TAHUNAN
    232  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247